Kek karot taburan walnut
Labels: Kek karot
Aktiviti kegusta SMKCC








Assalamualaikum. Hari ini SMKCC mengambil cuti peristiwa sempena Good Friday. KEGUSTA SMKCC mengambil kesempatan cuti ini dengan menjalankan aktiviti memasak. Menu pilihan untuk aktiviti pertama ini ialah membuat kek coklat pisang. Ramai rakan yang gemar akan kek ini dan meminta saya menunjuk ajar cara membuat kek ini. Saya tidak keberatan untuk memenuhi permintaan mereka. Mereka membuat sendiri dan saya memberikan petua dan ilmu yang saya tahu. Alhamdulillah 3 kumpulan dapat menghasilkan kek yang cantik tetapi dua kumpulan lagi agak malang kerana kek mereka bantat dan tidak naik dengan cantik. Walau bagaimanapun kami berasa sangat seronok. Lupa sekejap fail-fail yang belum lengkap lagi dan juga buku-buku pelajar yang belum bertanda.
Kek Coklat Hantaran
Assalamualaikum. Projek kek hari ini ialah kek coklat pisang yang ditempah oleh rakan sekerja. Alhamdulillah ramai yang menggemari kek ala-ala secret recipe. Di secret recipe harganya RM 65.00 dan saya menjualnya dengan harga RM 60.00. Tidak jauh beza tetapi bahan mentah yang saya guna memang berkualiti dan harganya pun mahal. Serbuk coklat yang saya guna ialah van houten. Coklat masakan untuk topping saya guna van houten juga atau vochelle. Whipping cream UHT, saya guna jenama Pauls. Hanya jenama ini saja yang ada logo halal. Penjual ada juga mengesyorkan saya jenama lain yang lebih murah. 1 liter harganya baru RM11.00 berbanding jenama Pauls 250 ml saja sudah RM 7.00. Memang jauh bezanya dan penjual itu kata kalau jual kek lebih jimat beli yang 1 liter. Tetapi saya tidak membelinya kerana tiada logo halal. Penjual itu kata lagi ramai orang melayu membelinya kerana lebih jimat dan menguntungkan. Saya kata biarlah tak untung banyak asalkan saya yakin bahan yang saya guna adalah halal walaupun harganya agak mahal. Saya tak sanggup menjual kek yang hendak dimakan jika bahan-bahannya kita berasa was-was. Saya memang prihatin apabila membeli barang-barang makanan.Labels: kek Coklat hantaran
Kek Coklat Oreo
Assalamualaikum. Inilah kek coklat oreo yang ditempah oleh nomie untuk anniversarynya semalam. Resipi kek ini ialah kek coklat pisang. Oleh sebab ibunya tidak boleh makan pisang, jadi saya cadangkan gantikan pisang dengan biskut oreo. Lapisan atasnya pula saya taburkan coklat chip van houten. Wowww....mengancam rasanya. Nomie kata meletup.....sedap giler....terima kasih nomie. Lain kali order lagi ya.... Ada tiga lagi tempahan kek yang akan saya buat. Alhamdulillah...nampaknya pembeli menggemari kek yang saya buat walaupun sebenarnya dunia kek ini bukan bidang saya. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Usaha tangga kejayaan......InsayaAllah.
Labels: Kek Coklat Oreo
Majlis hari lahir anak tunggalku
Alhamdulillah....tahun ini masih berpeluang meraikan hari lahir anak kesayanganku yang genap 8 tahun pada 4 April yang lepas. Oleh sebab tahun ini 4 April jatuh pada hari persekolahan, jadi majlis meraikannya dibuat pada malam tadi di rumah. Sudah beberapa tahun tidak meraikannya di rumah sendiri. Selalunya disambut di rumah neneknya. Maklumlah cucu kesayangannya yang dijaga sejak dilahirkan lagi. Tambahan lagi cucu pertamanya. Istimewanya tahun ini, kek hari lahirnya tidak lagi dibeli di kedai. Kalau di kedai, keknya biasa-biasa saja. Biasanya kek span coklat atau nak sedap sedikit kek mocha. Sejak kes kopi di Kluang, saya agak was-was hendak membeli kek di kedai. Tambahan lagi mendapat maklumat memang ada wain khas dibuat untuk bahan kek. Labels: Kek Coklat Lembap
Kek Coklat Pisang
Labels: Kek coklat pisang
Kek coklat steam buttercream
Lapan tahun dahulu lahirlah anak tunggalku Alina Aisyah pada 4.4.2003 hari Jumaat ketika imam sedang membaca khutbah Jumaat. Alhamdulillah dia selamat dilahirkan walaupun ibunya mengalami masalah tekanan darah tinggi sepanjang kehamilannya sehingga terpaksa mengambil ubat darah tinggi sejak kandungan 3 bulan lagi. Bersyukur kerana impian untuk mendapatkan anak perempuan Allah makbulkan. Anakku pernah bertanya kepada ibunya mengapa ibu suka anak perempuan. Ibunya memberikan jawapan anak perempuan boleh tolong ibu mengemas rumah dan memasak untuk ibunya! Sekarang impianku untuk melihat anakku menjadi anak yang solehah dan cemerlang dalam bidang akademik. Alhamdulillah dia berjaya memperoleh anugerah cemerlang pada tahun lepas. Untuk tahun ini diharap anakku dapat mengekalkan kecemerlangannya walaupun ibunya semakin sibuk sekarang,Kek karot
Inilah kek karot yang ditempah oleh Angah untuk majlis hari lahirnya semalam dengan rakan sepermainan di kampung dulu yang sama tarikhnya (atau hampir sama tak pasti pula). Ramai yang memuji kek karot ini sedap termasuklah rakan-rakan Angah yang makan kek ini semalam. Alhamdulillah tak sia-sia mencari resipi kek ini. Yang pening kepalanya, resipi kek ini ada pelbagai versi. Tak tahu mana yang sedap. Terjumpa resipi ini dalam blog Azizah Ariffin teringin pula nak mencubanya sebab bahan-bahannya terdiri daripada karot, kismis, kepingan nanas dan badam. tetapi saya gantikan badam dengan walnut. Ditambah lagi di atas kek ditabur walnut yang dipanggang. Memang sedap. Karot pula saya beli yang diimport dari Australia bukan China yang banyak di pasaran. Walaupun karot China lebih murah tetapi rasanya agak tawar berbeza dengan karot Australia yang lebih sedap. Walnut juga bukan dari China tetapi yang diimport dari Amerika yang sekilo harganya RM45.00. Beli 200 gram saja dah RM9.00. Tak pelah mahal sedikit, yang penting keknya lebih sedap. Tambah menyedapkan lagi ialah toppingnya terdiri daripada cream cheese, butter unsalted, gula aising dan perahan jus lemon.Labels: Kek karot
Kek hari lahir
Labels: Kek Coklat Lembap , Kek coklat pisang














