Brownies choc cheese lapis

Brownies choc cheese lapis ini dihias dengan strawberry dan buttercream. Kek ini saya buat khas untuk bonda pada hari keluarga yang kami adakan pada 21.11.2010 - 22.11.2010 di Chedoq Beach Resort Rompin, Pahang. Resipinya saya peroleh daripada blog rihanna seorang pelajar perubatan di Moscow. Rihanna menggabungkan resipi brownies kak fida. com dan mrs.dayat.com. Seronok membaca blog rihanna ni...walaupun sedang belajar dalam bidang perubatan tetapi dia sangat berminat dalam bidang masakan terutamanya membuat kek. Orangnya sentiasa ceria seolah-olah tiada tekanan dalam pembelajarannya dan sangat kreatif dalam menghias kek. Baguslah dik...teruskan cita-citamu itu.

Kek ini ialah kali ketiga yang saya buat. Yang pertama saya buat untuk anak-anak murid kesayanganku semasa saya membuat kelas tambahan untuk mereka. Mereka kata sedap giler.... Yang kedua saya buat untuk pot-luck. Habis licin semuanya...rakan-rakan kata sedap sungguh...terima kasih kawan-kawan. Yang di atas ini ialah yang ketiga untuk hari keluarga...pun habis. Adik memuji boleh lawan secret recipes dan boleh buka kedai kek hehehe....
Sesiapa yang berminat dan ingin cuba merasa, bolehlah menempah daripada saya. Untuk mengetahui harganya sila lihat bahagian hubungi saya....

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills