Assalamualaikum
Hari minggu yang sibuk dengan pokok-pokok bungaku. Sudah lama tak bercakap-cakap dengan pokok-pokokku ini. Malah ada yang merajuk....hidup segan mati tak mahu! Orang kata pokok bunga kena selalu dibelai-belai...barulah subur pokok tu.
Ada juga logiknya. Apabila kita dekat dengan pokok, kita mengeluarkan karbon dioksida dan karbon dioksida itu pula akan diserap oleh pokok, kemudian pokok akan mengeluarkan oksigen untuk kita pula. Ditambah dengan baja makin bertambahlah subur pokok kita tu nanti....


Ini saja orkidku yang tinggal. Rajin pula dia berbunga akhir-akhir ini. Orkid yang lain semuanya dah mati gara-gara kurang penjagaan. Sedihnya....


Tanduk rusa....


Pokok kesayanganku...periuk kera. Pokok yang begitu unik sebab kantungnya di hujung daun.

Pokok markisa mula menjalar semula setelah encik abangku tersalah cantas dahannya di pangkal pokok. Tapi seakan merajuk pula pokok ni....tak berbunga lagi. Pada hal sebelum ini berbunga cantik dan wangi baunya.

Antara koleksi pokok bungaku....

Pokok bunga ros, bunga kesukaanku. Sejak dulu lagi selalu menanam pokok ros tapi selalunya mati. Sekarang barulah kutahu melalui pengalaman, jika menanam pokok ini di dalam pasu, pasu tersebut perlu diletakkan di dalam pasu yang lebih besar berisi tanah. Ini disebabkan akar pokok ros perlukan keadaan yang sejuk.

Kaktus...mudah dijaga tapi kalau tak dijaga dengan betul, boleh mati juga...

Hutan kecil di depan rumahku...hutan hujan tropika yang mempunyai pelbagai spesies tumbuhan-tumbuhan, malar hijau, ada pokok memanjat...hehe.....

Tak tau pulak apakah nama pokok ini. Rajin juga pokok ini berbunga.

Melayan pokok-pokok ini dapat menenangkan fikiran. Terasa lapang fikiran terutama dalam masa-masa stress dengan pekerjaan kita. Lain orang lain caranya untuk mengurangkan tekanan. Tak kisahlah macam mana caranya pun, yang penting kita perlu mencari dan mengenal pasti apa yang kita suka dan minat.

Satu lagi minatku sekarang.....mencari ilmu tentang dunia kek. Tiga biji kek black forest yang ditempah pada minggu lepas.

Kek untuk majlis perpisahan Encik Bahrien yang bertukar tempat kerja.

Kek yang ditempah untuk anak buahku sendiri....


Ini pula ditempah oleh rakan setugas, Suhaili untuk anak lelakinya.


Ramai yang menyukai kek ini, ada rasa masam-masam kerana jus dan buah ceri serta rasa coklatnya. Resipi kek ini asalnya dari barat. Mereka membubuh sedikit wain untuk menambahkan rasa masam pada keknya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah apabila membeli kek black forest di kedai-kedai kek terutama di kedai yang tiada sijil halal.

Terima kasih daun keladi, lain kali tempah lagi..








































Hantaran kek cawan

Assalamualaikum...
Lamanya tak berkomunikasi di alam maya ini. 3 minggu sibuk yang amat dengan tugas-tugas rasmi yang mesti diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Alhamdulillah...Allah mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh tersebut walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Lazimnya cuaca sebegini yang boleh menyebabkan kita mudah demam, selesema dan batuk ditambah lagi dengan buah rambutan dan durian. Sehingga kini, Malaysia terutamanya di pantai timur masih mengalami banjir. Di Kelantan dan Pahang, ada penduduk yang terpaksa dipindahkan akibat banjir. Kali ini banjir berlaku lagi kerana musim tengkujuh serentak dengan air pasang besar atau perbani. Oleh sebab itu, kawasan petempatan berhampiran pantai akan mudah dinaiki air. Bagaimana berlaku air pasang surut dan air pasang besar ini? Jom tonton video ini dulu...




Begitulah agungnya ciptaan Allah yang menjadikan matahari dan bulan untuk kebaikan manusia. Selain memberikan cahaya untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, bulan juga menyebabkan kejadian air pasang surut. Fenomena ini amat penting dalam kehidupan nelayan dan pengangkutan laut. Allah mengaturkan kejadian alam ini dengan amat indah untuk kebaikan makhluknya tetapi manusia sentiasa lupa padaNya sehingga kita lupa untuk sentiasa bersyukur.

Bercerita balik tentang kek minggu ini..hihi.. Alhamdulillah tempahan pertama untuk tahun 2012, kek cawan untuk dijadikan hantaran ditempah oleh Khadijah yang bertunang pada hari ini. Kek cawan ini ialah coklat moist dan Khadijah minta kek ini dihias dengan fondant bunga gumpaste. Cuma masalahnya ros gumpaste warna purple yang dikehendaki Khadijah bersesuaian dengan tema purple tiada stok di kedai. Jadi saya padankan warna pink dan purple, nampak ok juga... Harapnya Khadijah suka dengan rasa dan hiasannya kek cawan ini. Terima kasih akak ucapkan pada Khadijah kerana sudi menempah dengan akak. Harap-harap lagi Khadijah sudi menempah kek perkahwinan untuk majlis perkahwinannya nanti. Selamat bertunang Khadijah..


Kek span vanilla lapis freshcream nanas dan kiub nanas........


tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills