Kek kukus Buah-buahan



Di ruangan ini, saya ingin berbicara dan secara tidak langsung mempromosikan sejenis kek tradisional turun-temurun, iaitu kek kukus buah-buahan. Kebanyakan penggemar kek kukus mewarisi resipi membuat kek ini daripada ibunya sendiri. Walaupun pelbagai resipi masakan sekarang ini boleh kita peroleh dengan mengakses internet, atau pun melalui buku-buku masakan yang banyak di pasaran, tetapi rasanya tidak akan sama dengan resipi yang kita warisi daripada ibu kita sendiri. Apatah lagi jika kita mempelajarinya dan membuatnya sendiri bersama ibu kita.

Saya mula berminat untuk membuat kek kukus apabila ibu selalu meminta saya menolongnya membuat kek ini untuk hidangan di hari raya atau untuk dijadikan sebagai buah tangan terutamanya dalam majlis-majlis perkahwinan. Malahan, dalam majlis perkahwinan saya sendiri pun, ibu membuat sendiri kek kukus untuk dijadikan hantaran perkahwinan saya. Bermula dari situlah saya sangat suka membuat kek kukus dan cuba mencari kelainan resepi ini melalui laman-laman web pakar bidang masakan. Saya mencuba semua resepi yang saya peroleh namun tidak sama rasanya kek yang saya pelajari daripada ibu saya sendiri!

Kek kukus buah-buahn memang tidak dinafikan keenakannya. Sememangnya kek ini terlalu unik dan banyak keistimewaannya....

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills