Kek-kek yang baru dipelajari

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah cuti Tahun Baru Cina minggu ini memberikan peluang untuk membuat kek-kek yang baru dipelajari di kelas Ija di Kluang. Kebetulan 10 Februari ialah hari jadi anak buah dan 14 Februari pula hari jadi adik yang bongsu, jadi saya pun mencuba membuat kek-kek selepas mengikuti kelas pada cuti Thaipusam yang lepas.

Double Chocolate Indulgence dihias dengan edible image Angry Bird dan buah strawberry.


                              Lapisan-lapisan kek di dalamnya...yummy...


Ini pula Pecan Heaven....
Kek yang disaluti pula coklat putih ganache dan sos butterscotch....terasa seperti makan coklat toblerone!

Walaupun kek ini agak manis tetapi memang betul-betul heaven semasa memakannya. Makan sepotong nak sepotong lagi! 



Assalamualaikum...
Semalam menerima sms dari Pontian yang berminat untuk membeli kek kesihatan (tofu cake). Rasa bersalah kerana lambat membalas smsnya kerana sibuk menyiapkan kek snowy peach seperti gambar di atas yang ditempah oleh rakan sekerja. Tambah rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi permintaannya kerana jauh hendak menghantarnya dan tak boleh pula nak mengeposnya. Kepada pengirim sms itu, diucapkan ribuan terima kasih kerana tertarik dengan kek itu. Kek tofu memang sedap dan digemari oleh adik-adikku. Telur yang digunakan hanya putihnya saja dan tidak menggunakan butter sebaliknya minyak jagung. Memang baik untuk orang yang suka makan kek tetapi dalam masa yang sama terpaksa mengawal pemakanan kerana paras kolestrol yang tinggi.

Kepada rakan sekerja Nor Aszlin, kak Jun ucapkan terima kasih kerana sudi menempah kek ini. Permintaan Lin, kek tidak terlalu manis. Saya belajar membuat kek ini dalam kelas Ija. Resipi asalnya pada lidah saya ni agak manis. Seperti biasalah, saya suka menderhaka pada sukatan gula pada mana-mana kek yang pada saya agak manis termasuklah kek ini, saya memang dah kurangkan sukatan gulanya. Seperti kata Pn. Azlita dalam blognya Masam Manis, kek-kek yang menggunakan resipi dari luar negara terutama dari barat memang manis-manis. Kita tak boleh ikut 100% sukatan gula dalam resipinya. Ada juga yang menyatakan gula yang digunakan di negara barat sebenarnya tidak manis berbanding gula di negara kita. Sebab itu dalam resipi mereka, sukatan gulanya memang banyak! Kalau kita ikut juga sukatan gulanya, boleh kena diabetes.
 Satu lagi kek yang baru saya pelajari dalam kelas Ija ialah Pecan Heaven. Memang sedap dan anak dah berpesan hendak kek ini pada harijadinya pada bulan April. Tetapi pada saya kek ini terlalu manis kerana kandungannya banyak menggunakan karamel, white chocolate dan fresh cream yang manis. Pada cuti Tahun Baru Cina minggu ini, saya merancang untuk membuat kek ini. Nak buat eksperimen...kurangkan gula dan cuba gantikan fresh cream dengan
dairy whipping cream bagi sos butterscotch. Agak-agak jadi tak? Belum cuba, belum tahu.....kalau tak sedap..sendirilah makan hehe...


Mempelajari kek Pecan Heaven, Double Indulgene dan Wanut Torte dan kelas kek Ija di Kluang.


Ini pula jambangan coklat hasil tangan sendiri untuk hantaran adik lelaki.


Kek kukus buah-buahan juga dijadikan hantara untuk adik lelaki

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills