Kek Hari Raya

Assalamualaikum.


Apa khabar setelah lebih seminggu kita berhari raya. Di sana sini sudah bermulanya program syawal iaitu marhaban dan rumah terbuka. Ada juga rakan yang mengundang ke rumah terbuka tapi keadaan tidak mengizinkan saya hadir. Minta maaf banyak2 kepada rakan yang sudi mengundang. Bukan tak sudi tapi ada tempahan kek yang perlu disiapkan.

Sabtu lepas sekolah mengadakan kursus dan seterusnya jamuan hari raya. Untuk jamuan hari raya, saya membuat 2 biji kek untuk rakan-rakan. Kek chiffon coklat lapis mangga. Alhamdulillah bagi mereka yang memang suka kek, mereka menggemari kek ini. Rasanya kek jenis ini tiada di kedai-kedai kek. Cuma sekarang ni, bukan musim mangga, jadi susah juga nak cari orang jual mangga ni. Harganya pun sekarang agak mahal. Resipinya akan saya sertakan di bawah.

Kek chiffon lapis mangga atau manggo terrine..

Kek tiramisu juga untuk jamuan hari raya sebagai pencuci mulut.

Sabtu lepas juga anak buah di simpang renggam menelefon minta buatkan 2 biji kek. Dia tak dapat menerima tempahan daripada seorang guru di sana kerana sibuk untuk persiapan marhaban. Walaupun masa agak terhad untuk membuatnya kerana orang yang menempahnya hendak hari Isnin, tapi cuba juga memenuhi permintaannya. Rezeki jangan ditolak walaupun terpaksa tidur pukul 1.00 pagi.

Kek fresh cream blueberry untuk anniversary beliau. Kek ini dihias sepenuhnya dengan fresh cream. Masa agak suntuk, jadi saya tak dapat mendeconya dengan cantik.

Kek coklat pisang untuk hari lahir anak-anaknya...



Anak buah beritahu, beliau memang tak pernah membeli kek di kedai sejak dulu lagi. Walau di mana-mana bertugas, beliau tetap akan membeli kek homemade. Diharap beliau menggemari kek ini dan sudi menempahnya lagi...Amin...

Di bawah ini ialah resipi chiffon coklat lapis mangga atau mango terrine. Sumbernya dari majalah Nona. Cuma saya ubah-ubah sikit bak kata Mat Gebu, derhaka pada resipi..hehe...

MANGO TERRINE
Bahan-bahan kek chiffon coklat
180 gm coklat chiffon mix
5 biji telur
60 ml air
60 ml minyak
* Saya tak jumpa coklat chiffon mix, jadi saya buat chiffon coklat mengikut resipi kak wan dalam resipi kek coklat pisang atau choc banana cake.

Bahan-bahan Mango filling
150 ml pati mangga (saya guna 300 ml mangga manis yang dikisar)
150 ml air (saya guna 100 ml saja)
80 ml gula (saya kurangkan jadi 50 gm saja. Ikut resipi asal agak manis)
20 gm serbuk gelatin (saya guna 1 tbspn)
250 gm topping cream
100 gm mangga (dipotong dadu) ( saya guna 2 biji mangga manis dihiris nipis.

Cara Membuat
1. Pukul coklat chiffon mix bersama telur dan air sehingga kembang
2. Masukkan minyak masak dan gaul sehingga sebati
3. Tuang ke dalam dulang dan bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak. Ketepikan.
4. Untuk membuat mango filling, masak pati mangga bersama air dan gula sehingga mendidih. Angkat dan biarkan sejuk.
5. Pukul topping cream hingga kembang dan bertanduk. Kemudian, masukkan pati mangga tadi dan gelatin yang telah dicairkan cara double boiler. Gaul sehingga sebati.
7. Potong kek kepada 3. Lapiskan setiap bahagian dengan filling mangga.
8. Sapu nipis keliling kek dengan filling mangga dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 30 minit

9. Akhir sekali hiaslah kek dengan whipping cream topping yang telah dipukul kembang.

Selamat mencuba...


Lapisan dalam kek chiffon lapis mangga.

0 comments:

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills