Chocolate Moist/ Kek coklat lempap

Assalamualaikum.
Tiga hari bercuti lagi kita....rancangan awal hendak ke Mersing menziarahi rakan dan saudara-mara di sana terpaksa ditangguhkan. Suami pula diserang sakit gout gara-gara makan daging kambing kegemarannya. 3 hari duduk di rumah sajalah...mujur juga pagi-pagi Sabtu Angah menelefon hendak sebiji kek untuk hari lahir rakan baiknya Badariah. Badariah yang duduk di N.Sembilan sanggup datang ke Kluang semata-mata hendak menyambut hari lahirnya dengan Angah. Badariah mahu kek coklat yang luar dan dalam kek juga coklat serta disaluti kacang. Coklat moist biasa saya buat tapi belum pernah pula buat filling coklat. Inilah keknya...


Maaflah Bada..tulisan kurang kemas. Entah kenapa sejak belakangan ni tangan kanan rasa kebas2 je...jadi menulis pun menggigil-gigil. Bimbang juga banyak makan kek, kolestrol pun tinggi. Alhamdulillah Badariah suka kek ini dan katanya sangat sedap.



Pada hari Ahad pula, saya buat brownies choc lapis cheese yang ditempah oleh Angah untuk hari lahir suaminya yang jatuh pada hari ini. Dah lama tak buat brownies sebab kek ini banyak meninggalkan kenangan sedih. Kek inilah yang saya bawa ke Chedoq Resort untuk hari keluarga. Hari keluarga terakhir bersama Allahyarhamah adik yang pergi dulu meninggalkan kami. Setelah seharian membuatnya, inilah hasilnya....

Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Resipi Kek Coklat Lembap
Sumber : http://myresipi.com/

Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) / 8 inci
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil penuh Nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate (saya letak 1 sudu kecil je...)
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
Filling coklat
175 gm coklat masakan
90 ml krim UHT
1 sudu besar butter

** Topping **
230 gm coklat masakan
180 ml whipping cream topping
2 sudu besar butter unsalted

Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 1/2 jam atau sehingga masak
6. Untuk filling, masak secara double boil krim UHT bersama coklat. Biarkan sejuk dulu kemudian simpan di dalam peti ais lebih kurang 20 minit barulah dilapiskan pada kek yang telah dipotong 3. Atau buat filling sehari sebelumnya.
7. Sebelum letak topping coklat, lepa nipis kek dengan filling coklat. Untuk toppingnya, masak secara double boil whipping cream bersama coklat. Biarkan suam2 kuku, barulah ditaruh di atas kek.

Selamat mencuba...






0 comments:

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills