Kek tempahan minggu ini

Assalamualaikum...
Bersyukur kepadaMu ya Allah kerana dengan keizinanMu sekali lagi, ruangan ini dapat diisi dengan kata-kata. Pada entri yang lepas sajak Usia menjadi pilihan untuk diri bermuhasabah dan bersyukur dengan kurniaan nikmat yang Allah limpahkan. Pagi ini melalui satu pengalaman yang menginsafkan kerana pengalaman itu berkaitan juga dengan usia.

Pengalaman yang dilalui pagi ini berlaku di sebuah bank dan benar-benar menyentuh hati naluriku. Sebaik kaki melangkah keluar dari bank itu, seorang warga emas yang sedang duduk di dalam kereta di tempat duduk pemandu memanggilku. Kulihat warga emas itu sudah nampak uzur. Warga emas itu bertanya adakah saya melihat isterinya di dalam bank. Saya mengiyakan dan memberitahu isterinya sedang berurusan di kaunter. Kata warga emas itu, isterinya sudah pun berumur 75 tahun dan dia sendiri berumur 80 tahun. Sungguh menakjubkan kerana memang saya lihat tadi isterinya melangkah anak-anak tangga yang banyak juga. Terdetik di dalam hatiku masa itu, masih kuat makcik ini naik tangga. Tambah menakjubkan warga emas itu (suami makcik tadi) masih boleh memandu kereta. Tidak lama kemudian turunlah isterinya dan masuk ke kereta duduk di sebelahnya. Warga emas itu meminta tolong saya mengemaskinikan buku akaunnya kerana dia tak kuat lagi berjalan masuk. Dengan rela hati saya menolongnya kerana amat kasihan dengan keadaan dirinya yang uzur. Selepas mengemaskini buku akaunnya, warga emas itu meminta saya menolongnya sekali lagi membuat pengeluaran wangnya. Sekali lagi saya ke kaunter memberitahu pegawai di situ seorang warga emas sedang menunggu di kereta meminta saya membantunya membuat pengeluaran wang simpanannya. Pegawai itu turun dan pergi ke kereta warga emas itu untuk mendapatkan tandatangannya. Setelah selesai berurusan, kedua-dua warga emas itu mengucapkan terima kasih lalu memandu keretanya. Kuperhatikan dari jauh, kereta itu bergerak dengan amat perlahan dan berharap para pemandu yang lain faham dan bersabar jika berada di belakang kereta itu...

Pengalaman bertemu kedua-dua warga emas itu benar-benar menginsafkan diriku tentang usia. Adakah diri ini sampai ke umur itu seperti mana warga emas itu? Adakah diri ini masih mampu memandu kereta seperti warga emas itu? Bolehkah diri ini menguruskan diri sendiri tanpa bantuan anak? Hanya Allah Maha Mengetahui. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Kita sebagai hambaNya perlu redha menerima segala ketentuanNya....

Ok...berbalik semula cerita kek minggu ini... Alhamdulillah..semalam dapat menyiapkan 3 biji kek iaitu kek span vanilla mousse mangga dan hirisan mangga, kek chiffon coklat mousse coklat hirisan pisang dan kek karot.

Kek span vanilla mousse mangga dan hirisan mangga ditempah oleh Siti Halina di Simpang Renggam. Terima kasih Halina...

Kek chiffon coklat mousse coklat dan hirisan pisang ditempah oleh Hjh. Mahizan. Terima kasih Hjh...kerana selalu juga menempah kek daripada saya.



Ini pula kek karot, saya buat sebagai buah tangan untuk rakan lama Suryani ketika menziarahinya di Simpang Renggam. Alhamdulillah, Ngah suka akan kek ini dan meyatakan keknya sedap walaupun belum pernah makan kek karot sebelum ini.

0 comments:

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills