Kek minggu ini


Assalamualaikum
Sempena hari bapa minggu ini, tiga rakan sekerja menempah kek tiramisu. Terima kasih kepada kak mahizan, Lin dan Shima kerana sudi menempah. Diharap rakan-rakan suka akan kek ini. Kek yang sedap ini resipi sebenarnya menggunakan biskut lady fingers, dicelup air nescafe dan dilapis dengan adunan cheese mascarpone dan whipping cream. Tetapi di bandar kecil ini susah nak jumpa biskut dan cheese ini. Biasanya mereka menggantikan biskut itu dengan kek span coklat. Tetapi saya gantikan dengan chiffon kopi. Rasa kopi kek chiffon yang lembut dengan lapisan cheesenya memang padanan rasa yang sangat sedap!Ditambah lagi disalut nipis di tepi kek dengan coklat ganache van houten dan parutan coklat masakan van houten di permukaan kek.Mmmm...terangkatlah apabila kita memakannya.Resipi kek chiffon kopi asalnya ialah chiffon coklat resipi Mat Gebu. Cuma saya gantikan coklat dengan serbuk nescaffe. Berikut ialah cara saya membuat kek tiramisu gabungan chiffon kopi resipi Mat Gebu dengan resipi tiramisu yang saya dapat dalam satu blog lain. Tapi minta maaf saya tak ingat blog siapa. Terima kasih kepada Mat Gebu dan penulis blog yang membahasakan dirinya sebagai Ros.

Bahan:-
1 biji kek chiffon kopi
200 gm keju philidephia
250 ml whipping cream UHT
1/2 cawan gula kastor
1/2 biji lemon [ambil jusnya]
serbuk koko
50 ml air (untuk merendam gelatin)
1 sudu besar gelatin

Cara
1. Rendam gelatin sehingga kembang. Kemudian cairkan dengan cara double

boiler.
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan gelatin tadi dan kacau rata.
6. Potong kek kepada dua bahagian.
7. Letakkan satu bahagian ke dalam spring foam bersaiz 20cm dan tuangkan

separuh adunan keju. Ratakan dan hentak sedikit spring foam itu supaya keju
mengalir ke bawah.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi. Tutup dengan

cling film dan simpan di dalam peti ais semalaman.
9. Hiaskan dengan serbuk koko dan parutan coklat masakan.

Selamat mencuba...

Kek ini pula ialah kek chiffon oren dilapisi filling oren dan buah peach. Kek sempena hari bapa untuk keluarga kami ini simple saja hiasannya. Saya cuma hendak mencuba melepa kek. Nampaknya menjadi juga percubaan saya. Taklah teruk sangat rupa kek saya tu kan...hehe....

Minggu depan merupakan minggu yang agak sibuk bagi saya. Saya perlu mengurus masa dengan baik untuk menyediakan 3 biji kek yang perlu dihias untuk hantaran pertunangan...

0 comments:

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills