Kek Harijadi



Kek harijadi yang ditempah oleh adik untuk anaknya Miswani Qistina yang ke-6 tahun. Tapi Mak Long minta maaf ya Wani sebab tersalah ejaan birthday tu...hehehe...
Kek yang pertama tu...Banana Choc Cake dan yang kedua kek karot. Wani memotong keknya semalam di wad Hospital Penawar. Kami makan bersama tetapi kesian ibunya tak boleh makan kerana gastrik yang teruk. Nanti dah sihat Along buat lagi kalau Ani teringin nak makan. Suami puji betul kek karot yang isterinya buat ini memang sedap betul....tak terasa muak pun. Terima kasih kepada Azizah Ariffin yang menyumbangkan resipinya di blognya...
Kepada yang berminat untuk menempah kek harijadi, boleh rujuk di muka surat 'Hubungi Saya'.


0 comments:

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills