Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Semoga rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai selama-lamanya. Bersyukur juga kita ke hadrat Illahi kerana tanah air yang kita cintai dijauhi daripada segala bencana sama ada bencana alam mahu pun bencana yang ditimbulkan oleh manusia sendiri. Masyarakat Malaysia dapat hidup harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum...Alhamdulillah.
Demam crepe belum hilang lagi! Dalam majalah Aroma keluaran Disember, pelbagai aneka resipi crepe yang dikongsikan oleh Pn. Nor Azlita empunya blog masam manis. Antaranya ialah Durian Crepe, Tuty Fruity Crepe, Crepe Nangka, Oreo Cheese Mille Crepe,Tiramisu Mille Crepe Cake, Oreo Crepe, Cempedak Crepe dan Mille Crepe with Vanilla Cream Custard. Mmmm.... semuanya menarik! Saya berminat dengan Tiramisu Mille Crepe dan Oreo Crepe. InsyaAllah jika ada masa saya pasti akan membuatnya.
Dalam banyak resipi Pn. Nor Azlita tiada resipi Banana Crepe. Oleh itu, saya ingin berkongsi resipinya yang saya olah sendiri daripada resipi asas crepe daripada sumber Kak Wan
Bahan-bahan crepe:
30 gm tepung Hongkong
30 gm tepung kastard
20 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi kayu
20 gm tepung kentang
3 biji telur
1/4 sudu garam
350 ml susu cair (saya guna susu Ideal)
1 sudu besar mentega cair
4 - 5 biji pisang emas (lebih kurang 160 gm) - dilecek dahulu
1 sudu teh perisa pisang
pewarna kuning
Bahan untuk filling :
400 gm non-diary whipping cream
200 gm coklat ganache
Beberapa biji pisang berangan
Cara membuat coklat ganache:
350 gm dark coklat compound
140 ml krim putar
1 sudu besar unsalted butter
Panaskan krim putar secara double boiler tetapi jangan sampai mendidih. Masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair. Masukkan butter. Angkat dan sejukkan.
Cara-cara membuat :
1. Satukan semua bahan adunan dadar kecuali pisang. Kacau rata
hingga sebati. Kemudian masukkan pisang yang sudah dilecek
dan kacau rata. Kisar halus bahan adunan dan tapis.
2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana. Ambil satu
senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan
hingga mendapat dadar yang tipis. Masak hingga atasnya
mengering, tidak perlu diterbalikkan.
3. Angkat dan buat dadar hingga habis.
4. Putar non-diary whipping cream hingga kental. Masukkan
coklat ganache (hanya guna 200 gm saja ya...) dan terus putar
hingga sebati.
5. Paipkan sedikit coklat whip cream di tengah dadar, letak dua
keping pisang yang dipotong serong setebal 1 sm, kemudian
tutup semula dengan coklat whip cream.
6. Lipat dadar menjadi empat segi. Simpan di dalam peti ais dahulu
sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba...
0 comments:
Post a Comment