Italian Rainbow Cake

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali..
Alhamdulillah...pagi ini masih boleh berbicara dengan keizinanNya. Teringat satu sajak dalam antologi Anak Bumi Tercinta yang pernah digunakan sebagai KOMSAS Tingkatan 3. Sajak bertajuk Usia ditulis oleh Siti Zainon Ismail.
          
          Telah kususun letakmu
          di sisian tenang
          ruang kukecilkan lagi
          dengan keinginan sederhana
          kulepaskan kupu-kupu semalam
          melalui jendela
          diiringi segaris cahaya pagi
          selamatlah datangmu

          Atas kecintaan diri

          hidup didewasakan
          menjadi kristal padu
          memancarkan cahaya berpenjuru
          seharusnya kita berhati-hati
          memantulkan kembali
          ke hala yang satu

          Tanpa keizinan Mu

          pagi tidak lagi berbau tanah
          atau tiba-tiba
          lorong kecilku
          menjadi ungu

Ya...Alhamdulillah pagi tidak lagi berbau tanah. Dengan keizinanNya saya boleh berkongsi resipi lagi dengan blogger masakan yang lain. 


Kali ini kek yang saya dapat resipinya daripada blogger juga tapi minta maaf lupa pula dari blog mana. Apa-apa pun terima kasih kepada penulis blog itu yang sudi berkongsi resipi.



                                             Rainbow Cake



 Italian Rainbow Cake
Sumber : Ida

A : Putar sampai kembang / putih berkrim
380 gm telur ( 7 biji )- kita timbang, +- 9 biji telur gred B dibuang sedikit putihnya :)
280 gm gula castor
15 gm ovallete

B : Putar kembang
400 gm butter
40 gm gliserine
8 gm vanila

C : Ayak kesemuanya
380 gm tepung superfine
6 gm baking powder (double action)
8 gm susu tepung

D : Campurkan
30 gm air
Secubit garam

1. Pukul A hingga kembang / putih berkrim, ketepikan
2. Pukul B sampai kembang dan putih.
3. Masukkan C dan D berselang seli sambil sebatikan 

    ke dalam B
4. Masukkan bahan no.3 ke dlm adunan A, sebatikan

    ( anggaran timbangan adunan 1600 gm )
5. Bahagikan adunan kepada 6 warna. Setiap adunan 
    250 gm
6. Bakar setiap adunan pada suhu 170 -180 C selama 

    15 minit. Sejukkan. 
7. Lapiskan kek dengan Italian Buttercream, salut dan
    hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.

Italian Buttercream

A :  Masak hingga suhu 220 C
200 gm gula castor
100 gm air

B :
3 biji putih telur gred A - kita guna 4 biji telur gred B

C :
500 gm butter sejuk - dipotong dadu 

1. Masak A hingga mencapai suhu 220 C.
**Cara lain menentukan air gula sudah sampai ke 

    suhu 220 C - ambil dawai bunga, celup ke dalam 
    adunan. Jika air gula melekat dan boleh dihembus 
    bentuk belon, boleh angkat.     
2. Sementara kita tunggu air gula kita tadi masak, 
    putar putih telur sampai kembang. Bila air gula 
    masak, terus masukkan ke dalam putih telur sambil
    terus diputar...ini bermakna kita harus gunakan
    stand mixer supaya mixer terus berputar semasa 
    kita masukkan air gula tersebut.
3. Pukul adunan hingga sejuk
4. Tukarkan whisker kepada K beater, masukkan 

    butter sedikit demi sedikit hingga habis
5. Pukul krim sampai sebati, kembang dan kental
6. Bolehlah lapiskan kek dan warnakan krim utk 
    membuat hiasan atas kek 

Kek ini memang sedap. Cuma Italian buttercream agak manis bagi orang yang tak suka manis. Untuk kek ini, selepas melapis kek dengan Italian buttercream, buttercream yang lebih, saya tambah sedikit lagi lemak sayuran (shortening) dan tambah sedikit perisa oren barulah saya salut buttercream tersebut di sekeliling kek.


Selamat mencuba...


          




Absolute Chocolate Cake

Assalamualaikum...
Alhamdulillah diberi peluang lagi mencoret kata-kata di sini. Cuti sekolah hujung tahun memberikan sedikit ruang masa untuk menjengah di sini dan berkongsi resipi-resipi yang saya dapat daripada blogger-blogger terkenal dan sudah saya cuba. Alhamdulillah memang semua kek itu sedap-sedap belaka.Antaranya ialah Absolute Chocolate cake yang saya dapat resipinya dari blog Azlita Masam Manis. 




            
Kek ini ada dijual di Secret Recipe. Harganya RM10.00 sepotong dan memang sedap. Cuma di Secret Recipe, lapisan keknya terlalu nipis. Bagi penggemar kek coklat, kek ini dapat memenuhi selera kerana mewah dengan rasa coklat sama ada pada keknya, fillingnya mahupun salutan luar keknya. Resipinya saya salin terus daripada blog Azlita yang pemurah, peramah dan ramai peminatnya. Terima kasih Azlita kerana berkongsi resipi..


ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE

Kek Coklat Mouse

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Chocolate Mousse

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar

Cairkan gelatin, 

Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna

Ganache Coklat Krim

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega

Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan
Kemudian pukul hingga berkrim

Kaedah penyediaan

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam

Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka

Selamat Mencuba....

Pecan Heaven

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Lama betul tak mengemas kini blogku ini. Kesibukan dan kering idea menjadikan ruangan ni sunyi sepi. Kali ini hanya nak menunjukkan kek-kek yang telah ditempah belakangan ini.

                   Pecan Heaven yang ditempah oleh Asalina

               Pecan Heaven yang ditempah oleh Hjh Mahizan

Kek Pecan Heaven semakin hangat di pasaran walaupun dah lama dalam pasaran hehe.... Kek ini juga ada dijual di Secret Recipe tapi tak pernah pula membelinya walaupun beberapa kali dah mengeteh di sana. Mengikuti kelas untuk belajar membuat kek ini. Membuat kek ni memerlukan kesabaran, ketelitian dan kemahiran terutama dalam membuat sos butterscotch. Kalau ikut 100% resipi asalnya, kek ini akan menjadi terlalu manis. Jadi kena pandai menyesuaikan adunan butterscotch dengan fresh cream. Setelah berpenat lelah ubah sana sini sukatannya, akhirnya dapatlah rasa yang secukupnya dari segi kemanisannya walaupun rasa manisnya masih ada tetapi tidak keterlaluan. Respon daripada ujian rasa Angah yang telah dibuat (hehe...) mengakui inilah kek yang paling sedap. Asalina yang membeli kek ini juga menyatakan terbaik kek ni. Alhamdulillah.......

Kek-kek yang lain..
              Chocolate Walnut Torte untuk kek harijadi Angah

                      Lapisan dalam Chocolate Walnut Torte

           Kek Coklat Mousse Blueberry ditempah oleh Murni Azilin

            Tofu cake ditempah oleh Shima untuk harijadi ibunya

            Kek karot ditempah oleh Kak Linda untuk rakannya

Kek-kek yang baru dipelajari

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah cuti Tahun Baru Cina minggu ini memberikan peluang untuk membuat kek-kek yang baru dipelajari di kelas Ija di Kluang. Kebetulan 10 Februari ialah hari jadi anak buah dan 14 Februari pula hari jadi adik yang bongsu, jadi saya pun mencuba membuat kek-kek selepas mengikuti kelas pada cuti Thaipusam yang lepas.

Double Chocolate Indulgence dihias dengan edible image Angry Bird dan buah strawberry.


                              Lapisan-lapisan kek di dalamnya...yummy...


Ini pula Pecan Heaven....
Kek yang disaluti pula coklat putih ganache dan sos butterscotch....terasa seperti makan coklat toblerone!

Walaupun kek ini agak manis tetapi memang betul-betul heaven semasa memakannya. Makan sepotong nak sepotong lagi! 



Assalamualaikum...
Semalam menerima sms dari Pontian yang berminat untuk membeli kek kesihatan (tofu cake). Rasa bersalah kerana lambat membalas smsnya kerana sibuk menyiapkan kek snowy peach seperti gambar di atas yang ditempah oleh rakan sekerja. Tambah rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi permintaannya kerana jauh hendak menghantarnya dan tak boleh pula nak mengeposnya. Kepada pengirim sms itu, diucapkan ribuan terima kasih kerana tertarik dengan kek itu. Kek tofu memang sedap dan digemari oleh adik-adikku. Telur yang digunakan hanya putihnya saja dan tidak menggunakan butter sebaliknya minyak jagung. Memang baik untuk orang yang suka makan kek tetapi dalam masa yang sama terpaksa mengawal pemakanan kerana paras kolestrol yang tinggi.

Kepada rakan sekerja Nor Aszlin, kak Jun ucapkan terima kasih kerana sudi menempah kek ini. Permintaan Lin, kek tidak terlalu manis. Saya belajar membuat kek ini dalam kelas Ija. Resipi asalnya pada lidah saya ni agak manis. Seperti biasalah, saya suka menderhaka pada sukatan gula pada mana-mana kek yang pada saya agak manis termasuklah kek ini, saya memang dah kurangkan sukatan gulanya. Seperti kata Pn. Azlita dalam blognya Masam Manis, kek-kek yang menggunakan resipi dari luar negara terutama dari barat memang manis-manis. Kita tak boleh ikut 100% sukatan gula dalam resipinya. Ada juga yang menyatakan gula yang digunakan di negara barat sebenarnya tidak manis berbanding gula di negara kita. Sebab itu dalam resipi mereka, sukatan gulanya memang banyak! Kalau kita ikut juga sukatan gulanya, boleh kena diabetes.
 Satu lagi kek yang baru saya pelajari dalam kelas Ija ialah Pecan Heaven. Memang sedap dan anak dah berpesan hendak kek ini pada harijadinya pada bulan April. Tetapi pada saya kek ini terlalu manis kerana kandungannya banyak menggunakan karamel, white chocolate dan fresh cream yang manis. Pada cuti Tahun Baru Cina minggu ini, saya merancang untuk membuat kek ini. Nak buat eksperimen...kurangkan gula dan cuba gantikan fresh cream dengan
dairy whipping cream bagi sos butterscotch. Agak-agak jadi tak? Belum cuba, belum tahu.....kalau tak sedap..sendirilah makan hehe...


Mempelajari kek Pecan Heaven, Double Indulgene dan Wanut Torte dan kelas kek Ija di Kluang.


Ini pula jambangan coklat hasil tangan sendiri untuk hantaran adik lelaki.


Kek kukus buah-buahan juga dijadikan hantara untuk adik lelaki

Kek coklat filling cream cheese lemon

Assalamualaikum..
Post pertama pada tahun 2013. Awal tahun begini memang sibuk sehingga kek hari lahir untuk suami sendiri pada 11 Januari lalu pun tak sempat nak buat. Alhamdulillah...untuk kek hari lahir anak buah dapat juga disiapkan.



Kek coklat ini dilapis dengan coklat ganache dan cream cheese lemon. Memang yummy...betul-betul terasa coklatnya dan cheese lemon. Sumber resipinya dari blog Azlita.


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : Yatie

Bahan Kek Coklat
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dengan kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.

Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.

Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.

Terakhir masukkan vanili estract.

Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega tanpa garam
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1/2 sudu kecil jus daripada lemon
1/2 sudu kecil paste lemon

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai berkrim saja, tambahkan gula aising, jus lemon dan paste lemon

Chocolate Ganache
140ml whipping cream
350gm coklat gelap dicincang halus
1 sudu besar mentaga tanpa garam



Double boil whipping cream jangan sampai mendidih,tambah coklat, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur.
Lap mata pisau dan potong.



*** Kek di atas ini saya menggunakan loyang saiz 10 inci untuk satu adunan mengikut sukatan di atas. Jadi saya buat dua adunan dan bakar dua kali. Tinggi kek cuma lebih kurang 1 inci. 
Cream cheese frosting juga sukatan bahan-bahannya digandakan.
Tuangkan separuh adunan cream cheese di atas kek kemudian sapukan coklat ganache yang sudah sejuk di atasnya. Letakkan kek yang kedua dia atas kek tadi dan tuang separuh lagi cream cheese di atasnya. Sapukan sekeliling kek dengan fresh cream coklat. Simpan di dalam peti ais dulu sekurang-kurangnya satu jam sebelum dituang coklat ganache untuk topping.

Selamat mencuba....




tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills