Absolute Chocolate Cake

Assalamualaikum...
Alhamdulillah diberi peluang lagi mencoret kata-kata di sini. Cuti sekolah hujung tahun memberikan sedikit ruang masa untuk menjengah di sini dan berkongsi resipi-resipi yang saya dapat daripada blogger-blogger terkenal dan sudah saya cuba. Alhamdulillah memang semua kek itu sedap-sedap belaka.Antaranya ialah Absolute Chocolate cake yang saya dapat resipinya dari blog Azlita Masam Manis. 




            
Kek ini ada dijual di Secret Recipe. Harganya RM10.00 sepotong dan memang sedap. Cuma di Secret Recipe, lapisan keknya terlalu nipis. Bagi penggemar kek coklat, kek ini dapat memenuhi selera kerana mewah dengan rasa coklat sama ada pada keknya, fillingnya mahupun salutan luar keknya. Resipinya saya salin terus daripada blog Azlita yang pemurah, peramah dan ramai peminatnya. Terima kasih Azlita kerana berkongsi resipi..


ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE

Kek Coklat Mouse

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Chocolate Mousse

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar

Cairkan gelatin, 

Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna

Ganache Coklat Krim

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega

Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan
Kemudian pukul hingga berkrim

Kaedah penyediaan

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam

Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka

Selamat Mencuba....

0 comments:

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills