Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali..
Alhamdulillah...pagi ini masih boleh berbicara dengan keizinanNya. Teringat satu sajak dalam antologi Anak Bumi Tercinta yang pernah digunakan sebagai KOMSAS Tingkatan 3. Sajak bertajuk Usia ditulis oleh Siti Zainon Ismail.
Telah kususun letakmu
di sisian tenang
ruang kukecilkan lagi
dengan keinginan sederhana
kulepaskan kupu-kupu semalam
melalui jendela
diiringi segaris cahaya pagi
selamatlah datangmu
Atas kecintaan diri
hidup didewasakan
menjadi kristal padu
memancarkan cahaya berpenjuru
seharusnya kita berhati-hati
memantulkan kembali
ke hala yang satu
Tanpa keizinan Mu
pagi tidak lagi berbau tanah
atau tiba-tiba
lorong kecilku
menjadi ungu
Ya...Alhamdulillah pagi tidak lagi berbau tanah. Dengan keizinanNya saya boleh berkongsi resipi lagi dengan blogger masakan yang lain.
Kali ini kek yang saya dapat resipinya daripada blogger juga tapi minta maaf lupa pula dari blog mana. Apa-apa pun terima kasih kepada penulis blog itu yang sudi berkongsi resipi.
Sumber : Ida
A : Putar sampai kembang / putih berkrim
380 gm telur ( 7 biji )- kita timbang, +- 9 biji telur gred B dibuang sedikit putihnya :)
280 gm gula castor
15 gm ovallete
B : Putar kembang
400 gm butter
40 gm gliserine
8 gm vanila
C : Ayak kesemuanya
380 gm tepung superfine
6 gm baking powder (double action)
8 gm susu tepung
D : Campurkan
30 gm air
Secubit garam
1. Pukul A hingga kembang / putih berkrim, ketepikan
2. Pukul B sampai kembang dan putih.
3. Masukkan C dan D berselang seli sambil sebatikan
ke dalam B
4. Masukkan bahan no.3 ke dlm adunan A, sebatikan
( anggaran timbangan adunan 1600 gm )
250 gm
6. Bakar setiap adunan pada suhu 170 -180 C selama
15 minit. Sejukkan.
hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.
Italian Buttercream
A : Masak hingga suhu 220 C
200 gm gula castor
100 gm air
B :
3 biji putih telur gred A - kita guna 4 biji telur gred B
C :
500 gm butter sejuk - dipotong dadu
1. Masak A hingga mencapai suhu 220 C.
**Cara lain menentukan air gula sudah sampai ke
suhu 220 C - ambil dawai bunga, celup ke dalam
adunan. Jika air gula melekat dan boleh dihembus
bentuk belon, boleh angkat.
putar putih telur sampai kembang. Bila air gula
masak, terus masukkan ke dalam putih telur sambil
terus diputar...ini bermakna kita harus gunakan
kita masukkan air gula tersebut.
4. Tukarkan whisker kepada K beater, masukkan
butter sedikit demi sedikit hingga habis
membuat hiasan atas kek
Kek ini memang sedap. Cuma Italian buttercream agak manis bagi orang yang tak suka manis. Untuk kek ini, selepas melapis kek dengan Italian buttercream, buttercream yang lebih, saya tambah sedikit lagi lemak sayuran (shortening) dan tambah sedikit perisa oren barulah saya salut buttercream tersebut di sekeliling kek.
Selamat mencuba...
0 comments:
Post a Comment