Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Kini sudah masuk bulan Disember, bulan penghujung tahun. Bulan depan masuklah tahun baru, 2013. Masuk saja bulan Disember kesibukan akan bermula semula dengan urusan rasmi LPM dan mesyuarat sebagai persediaan untuk sesi persekolahan tahun depan. Rancangan Pelajaran Tahunan dengan Plan J untuk tahun 2013 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 3 dan Geografi Tingkatan 4 telah pun siap. Cuma tinggal Geografi Tingkatan 5 dan Headcount yang belum siap. Modul P&P juga mesti disediakan lebih awal. Akanku siapkan sebelum 15 Disember ini...mesti siap. Kalau tidak kelam-kabut tahun depan. Hari pertama sesi persekolahan bermula, P&P mesti dijalankan.
Masih lagi dengan resipi crepe. Kali ini black forest crepe pula.
Black forest Crepe
Bahan-bahan:
30 gm tepung Hongkong
30 gm tepung kastard
20 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi kayu
20 gm tepung kentang
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
350 ml susu cair (suhu bilik)
1 sudu mentega cair
100 gm coklat masakan yang dicairkan (saya guna van
30 gm tepung Hongkong
30 gm tepung kastard
20 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi kayu
20 gm tepung kentang
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
350 ml susu cair (suhu bilik)
1 sudu mentega cair
100 gm coklat masakan yang dicairkan (saya guna van
houten)
1 sudu teh coklat emulco
Bahan untuk filling:
350 gm non-dairy whipping cream
1 tin dark pitted cerry (asingkan buah dan sirapnya)
Buah Ceri di belah dua setiap satu
Sirap ceri
Sirap buah + 1 tbsp tepung jagung dan 1 tbsp gula pasir
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan adunan dadar kecuali coklat masakan
Buah Ceri di belah dua setiap satu
Sirap ceri
Sirap buah + 1 tbsp tepung jagung dan 1 tbsp gula pasir
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan adunan dadar kecuali coklat masakan
dan coklat emulco, kacau rata.Masukkan coklat masakan yang
telah dicairkan dan coklat emulco. Kacau rata dan tapis.
Rehatkan
selama 20 minit. Adunan yang agak cair
menghasilkan dadar yang tipis.
2. Panaskan kuali
non-stick dengan api sederhana. Ambil satu
senduk
kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan
hingga mendapat dadar yang tipis. Masak hingga atasnya
mengering, tidak perlu diterbalikkan.
3. Angkat dan ulangi
membuat dadar hingga habis.
4. Letak setengah sudu sirap ceri di tengah dadar. Pipekan
4. Letak setengah sudu sirap ceri di tengah dadar. Pipekan
whip cream, letak sebiji buah ceri yang telah dibelah dua
kemudian tutup dengan whip cream.
5. Lipat dadar menjadi
empat segi.
Selamat mencuba...
Selepas ini hendak mencuba pula Oreo Cheese Blueberry Yogurt Crepe.
0 comments:
Post a Comment