Assalamualaikum... Peta di sebelah kiri ialah Angin Monsun Timur Laut dan di sebelah kiri ialah Angin Monsun Barat daya
Di Kluang sudah 3 hari hujan turun agak lebat juga. Menurut ramalan yang dibuat oleh metreologi, hujan akan turun di daerah Kluang selama 3 hari berturut-turut. Hujan yang turun dalam bulan Disember ini ialah hujan yang dibawa oleh Angin Monsun Timur Laut. Malaysia mengalami angin ini bermula bulan Oktober hingga Mac.
Dari manakah datangnya angin ini?
Kesan peredaran bumi mengelilingi matahari, hemisfera utara akan mengalami solstis musim sejuk bermula bulan Disember. Ini bermakna negara-negara yang berada di latitud tinggi di hemisfera utara akan mengalami musim sejuk sementara negara di hemisfera selatan akan mengalamai musim panas kerana matahari berada di hemisfera selatan. Merujuk peta di atas,Siberia di hemisfera utara berada dalam musim sejuk manakala Australia di hemisfera selatan akan mengalami musim panas. Lazimnya, angin bergerak dari kawasan bertekanan tinggi(kawasan sejuk) ke kawasan yang bertekanan rendah (musim panas). Oleh itu, angin akan bergerak dari Siberia (tekanan tinggi) ke Australia (tekanan rendah). Angin ini akan melintasi Laut China Selatan, menyebabkan laut bergelora seterusnya sampai di pantai timur Semenanjung Malaysia. Angin ini ialah angin sejuk dan laluannya akan terhalang sedikit oleh banjaran Titiwangsa menyebabkan angin ini akan menurunkan hujan yang lebat di pantai timur.Oleh sebab itulah musim tengkujuh biasanya berlaku dalam tempoh 2 bulan antara Disember hingga Januari kerana Angin Monsun Timur Laut bertiup dari bulan Oktober hingga Mac di mana Mac berakhirnya solstis musim sejuk dan bermula kejadian ekuinoks.
Begitulah kekuasaan Allah mengatur alam semesta ini dengan baik sekali. Bersyukurlah Allah menurunkan hujan kerana semua hidupan memerlukan air. Hujan yang turun akan mengalami proses kitaran hidrologi.Cuma zaman sekarang ini, didapati hujan semakin kerap turun. Kalau dulu cikgu Geografi beritahu kami hujan tahunan Malaysia ialah 2030 mm tapi sekarang jumlah hujan tahunan sudah bertambah iaitu 2600 mm. Adakah ini akibat kesan Rumah Hijau? Allah telah mengaturkan segalanya tetapi manusia merosakkan segalanya.....
Biarlah hujan terus turun membasahi bumi. Cuaca sejuk ni menjadikan kita sentiasa lapar..tapi tak pe...aktiviti membuat dan memakan kek dapat memanaskan badan kita...
Kek minggu ini ialah span vanilla filling mangga
Span vanilla filling mangga
Bahan-bahan kek
250 gm tepung optima
250 ml telur
100 ml air
2 susu teh vanilla
100 ml mentega cair/minyak jagung
2 sudu teh vanilla
Bahan-bahan Mango filling
450 ml mangga yang telah dikisar (pelam harum manis/madu)
150 ml air
50 gm gula pasir
1 tbsp serbuk gelatin direndam di dalam 4 sudu besar air
450 gm topping cream
mangga dipotong dadu
Cara Membuat
1. Pukul tepung optima bersama telur,air dan vanilla sehingga kembang
2. Masukkan mentega cair dan gaul sehingga sebati
3. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit. Ketepikan.
4. Untuk membuat mango filling, masak pati mangga bersama air dan gula sehingga pekat. Angkat dan biarkan sejuk.
5. Cairkan gelatin dengan cara double boiler
6. Pukul whipping cream sehingga bertanduk. Masukkan manggo filling. dan gelatin.
7. Potong kek kepada 3 bahagian. Letak satu bahagian kek di atas papan kek. Lapiskan dengan filling manggo, kemudian letak mangga yang dipotong dadu sehingga memenuhi atas kek. Lapiskan sekali lagi dengan manggo filling dan letak satu lagi bahagian kek di atasnya.Ulang sekali lagi sehingga habis kek dilapis.
8. Sapu manggo filling di sekeliling kek. Sejukkan dulu di dalam peti ais selama 1 jam. Kemudian salutlah kek dengan whipping cream topping yang telah dipukul kembang dan hiaslan mengikut citarasa.
Selamat mencuba...
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment