Kek Perkahwinan

Assalamualaikum...

Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya masih diberi peluang menaip patah-patah kata pada hari ini. Teringat pula satu sajak yang kuajar pada anak-anak didikku. Sajak 'Usia' ditulis oleh Siti Zaiton Ismail amat memikat yang banyak menggunakan gaya bahasa simbolik.

Usia

Telah kususun letakmu
di sisian tenang
ruang kukecilkan lagi
dengan keinginan sederhana
kulepaskan kupu-kupu semalam
melalui jendela
diiringi segaris cahaya pagi
selamatlah datangmu

Atas kecintaan diri
hidup didewasakan
menjadi kristal padu
memancarkan cahaya berpenjuru
seharusnya kita berhati-hati
memantulkan kembali
ke hala yang satu

Tanpa keizinan-Mu
pagi tidak lagi berbau tanah
atau tiba-tiba
lorong kecilku
menjadi ungu

Amat tertarik dengan rangkap akhir..Tanpa keizinan-Mu pagi tidak lagi berbau tanah.. Alhamdulillah...semoga Allah memanjangkan usiaku...Amin.

Dengan keizinan-Nya jugalah, minggu ini dapat menyiapkan 2 tempahan kek perkahwinan dan satu kek hari lahir.
Dua biji kek ditempah oleh rakan sekerja Syam untuk perkahwinan adik lelakinya. Kek bersaiz 10 inci empat segi ialah kek coklat moist disalut dengan buttercream perasa oren. Sementara kek yang kedua bersaiz 9 inci bulat ialah kek span vanilla lapis krim mangga dan hirisan mangga.

Ini gambar yang Syam tag dalam fb. Minta maaf ye Syam..kak jun copy gambarnya dan masukkan dalam blog ini. Kek ini Syam sendiri yang pacakkan tiangnya...kak jun minta maaf tak dapat menunggu masa tu sebab ada 2 lagi undangan perkahwinan yang harus kak jun pergi. Terima kasih Syam kerana puas hati dengan deco dan rasanya dan tidak serik untuk menempahnya lagi untuk perkahwinannya nanti. Semoga cepat dipertemukan jodoh... Amin.

Ini juga kek 2 tingkat yang ditempah oleh Cikgu Suhaila untuk perkahwinan adik lelakinya. Alhamdulillah Cikgu Suhaila mengatakan keknya sedap dan akan menempahnya lagi untuk kek hari lahir pula. Terima kasih Cikgu Suhaila....

Kek Snowy Peach ini pula ditempah oleh Yana untuk hari lahir suaminya. Terima kasih Yana kerana ini kek hari lahir kedua yang telah ditempahnya.

0 comments:

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills