Assalamualaikum... Peta di sebelah kiri ialah Angin Monsun Timur Laut dan di sebelah kiri ialah Angin Monsun Barat daya
Di Kluang sudah 3 hari hujan turun agak lebat juga. Menurut ramalan yang dibuat oleh metreologi, hujan akan turun di daerah Kluang selama 3 hari berturut-turut. Hujan yang turun dalam bulan Disember ini ialah hujan yang dibawa oleh Angin Monsun Timur Laut. Malaysia mengalami angin ini bermula bulan Oktober hingga Mac.
Dari manakah datangnya angin ini?
Kesan peredaran bumi mengelilingi matahari, hemisfera utara akan mengalami solstis musim sejuk bermula bulan Disember. Ini bermakna negara-negara yang berada di latitud tinggi di hemisfera utara akan mengalami musim sejuk sementara negara di hemisfera selatan akan mengalamai musim panas kerana matahari berada di hemisfera selatan. Merujuk peta di atas,Siberia di hemisfera utara berada dalam musim sejuk manakala Australia di hemisfera selatan akan mengalami musim panas. Lazimnya, angin bergerak dari kawasan bertekanan tinggi(kawasan sejuk) ke kawasan yang bertekanan rendah (musim panas). Oleh itu, angin akan bergerak dari Siberia (tekanan tinggi) ke Australia (tekanan rendah). Angin ini akan melintasi Laut China Selatan, menyebabkan laut bergelora seterusnya sampai di pantai timur Semenanjung Malaysia. Angin ini ialah angin sejuk dan laluannya akan terhalang sedikit oleh banjaran Titiwangsa menyebabkan angin ini akan menurunkan hujan yang lebat di pantai timur.Oleh sebab itulah musim tengkujuh biasanya berlaku dalam tempoh 2 bulan antara Disember hingga Januari kerana Angin Monsun Timur Laut bertiup dari bulan Oktober hingga Mac di mana Mac berakhirnya solstis musim sejuk dan bermula kejadian ekuinoks.
Begitulah kekuasaan Allah mengatur alam semesta ini dengan baik sekali. Bersyukurlah Allah menurunkan hujan kerana semua hidupan memerlukan air. Hujan yang turun akan mengalami proses kitaran hidrologi.Cuma zaman sekarang ini, didapati hujan semakin kerap turun. Kalau dulu cikgu Geografi beritahu kami hujan tahunan Malaysia ialah 2030 mm tapi sekarang jumlah hujan tahunan sudah bertambah iaitu 2600 mm. Adakah ini akibat kesan Rumah Hijau? Allah telah mengaturkan segalanya tetapi manusia merosakkan segalanya.....
Biarlah hujan terus turun membasahi bumi. Cuaca sejuk ni menjadikan kita sentiasa lapar..tapi tak pe...aktiviti membuat dan memakan kek dapat memanaskan badan kita...
Kek minggu ini ialah span vanilla filling mangga
Span vanilla filling mangga
Bahan-bahan kek
250 gm tepung optima
250 ml telur
100 ml air
2 susu teh vanilla
100 ml mentega cair/minyak jagung
2 sudu teh vanilla
Bahan-bahan Mango filling
450 ml mangga yang telah dikisar (pelam harum manis/madu)
150 ml air
50 gm gula pasir
1 tbsp serbuk gelatin direndam di dalam 4 sudu besar air
450 gm topping cream
mangga dipotong dadu
Cara Membuat
1. Pukul tepung optima bersama telur,air dan vanilla sehingga kembang
2. Masukkan mentega cair dan gaul sehingga sebati
3. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit. Ketepikan.
4. Untuk membuat mango filling, masak pati mangga bersama air dan gula sehingga pekat. Angkat dan biarkan sejuk.
5. Cairkan gelatin dengan cara double boiler
6. Pukul whipping cream sehingga bertanduk. Masukkan manggo filling. dan gelatin.
7. Potong kek kepada 3 bahagian. Letak satu bahagian kek di atas papan kek. Lapiskan dengan filling manggo, kemudian letak mangga yang dipotong dadu sehingga memenuhi atas kek. Lapiskan sekali lagi dengan manggo filling dan letak satu lagi bahagian kek di atasnya.Ulang sekali lagi sehingga habis kek dilapis.
8. Sapu manggo filling di sekeliling kek. Sejukkan dulu di dalam peti ais selama 1 jam. Kemudian salutlah kek dengan whipping cream topping yang telah dipukul kembang dan hiaslan mengikut citarasa.
Selamat mencuba...
Span vanilla mousse mangga
Labels: Span vanilla filling mangga
kek black forest
Assalamualaikum...
Berita hari ini dari laman web http://www.met.gov.my
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 skala Richter telah berlaku di Selatan Kepulauan Kermadec pada pukul 6.10 petang 15 Disember 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 32.8 Selatan longitud 178.9 Barat. 7798km Tenggara Tawau, Sabah.
Bagaimanakah gempa bumi berlaku?
Bersyukurlah kita tinggal di bumi Malaysia yang tidak banyak ditimpa bencana alam. Hargailah nikmat yang Allah kurniakan itu dan jadikanlah kita orang yang sentiasa bersyukur kepadaNya....
Alhamdulillah..sekali lagi dengan keizinanMu..siap sebiji lagi kek untuk hari lahir adik ipar yang berasal dari Indonesia. Walaupun tidak sebangsa tapi kita tetap serumpun. Berbaik-baik sesama manusia amat dituntut dalam Islam. Kami sekeluarga menerimanya dengan hati terbuka dan menganggap seperti keluarga sendiri. Tidak pernah ada rasa buruk sangka dan dia pun banyak menjaga bonda kami yang uzur sekarang. Terima kasih atas jasanya itu. Untuk hari lahirnya semalam, saya buatkan sebiji kek black forest.
Semua yang merasainya menyukainya...tidak terlalu manis dan tidak muak. Resipinya saya ambil daripada blog kak wan... Saya copy paste saja resipinya....
Kek Black Forest / Black Forest Cake
Bahan A
250gm chocolate sponge mix
250gm telur (5 biji)
60ml susu segar/air
1 tbsp chocolate emulco/(1 tbsp koko powder + 1 tbsp air panas)
Bahan B
70gm minyak jagung/minyak masak(Jika beli ready made sponge mix baca dulu intructionnya..)
Topping dan filling
1 tin dark pitted cerry (asingkan buah dan sirapnya)
450ml whipping cream (manis)
Buah Ceri di belah dua setiap satu
Parutan coklat masakan utk hiasan
Sirap ceri
Sirap buah + 1 tbsp tepung jagung dan 1 tbsp gula pasir
Cara-cara
1. Alas loyang dengan kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180C
2. Masukkan bahan A kedalam mixer, gaul menggunakan whisk dengan speed perlahan selama 1 minit, kemudian tukar kepada speed tinggi dan putar hingga adunan kembang.
3. Tukar kepada speed perlahan dan masukkan bahan B, putar hingga bergaul rata.
4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35 - 45 minit. Telengkupkan kek di atas redai dan biarkan sejuk.Potong kek kepada 3 lapisan.Toping dan Filling
5. Asingkan sirap dan buah ceri. Potong ceri kepada 2 setiap satu.
6. Satukan bahan sirap ceri, masak diatas api perlahan hingga pekat. Angkat dan ketepikan
7. Putar whipping cream hingga kembang
8. Letak satu lapisan kek di atas cake board. Sapu sirap ceri ke atas lapisan kek dan diikuti oleh whip cream, ratakan. Atur buah ceri memenuhi lapisan kek dan sapu lagi dengan whip cream hingga menutupi buah ceri.
9. Letak lapisan kek yang kedua dan ulangi cara no. 8 hingga habis.
10. Untuk lapisan terakhir, salut semua kek dengan whip cream hias dengan parutan coklat dan buah ceri di atasnya.
Labels: Kek black forest
Kek tempahan minggu ini
Assalamualaikum...
Bersyukur kepadaMu ya Allah kerana dengan keizinanMu sekali lagi, ruangan ini dapat diisi dengan kata-kata. Pada entri yang lepas sajak Usia menjadi pilihan untuk diri bermuhasabah dan bersyukur dengan kurniaan nikmat yang Allah limpahkan. Pagi ini melalui satu pengalaman yang menginsafkan kerana pengalaman itu berkaitan juga dengan usia.
Pengalaman yang dilalui pagi ini berlaku di sebuah bank dan benar-benar menyentuh hati naluriku. Sebaik kaki melangkah keluar dari bank itu, seorang warga emas yang sedang duduk di dalam kereta di tempat duduk pemandu memanggilku. Kulihat warga emas itu sudah nampak uzur. Warga emas itu bertanya adakah saya melihat isterinya di dalam bank. Saya mengiyakan dan memberitahu isterinya sedang berurusan di kaunter. Kata warga emas itu, isterinya sudah pun berumur 75 tahun dan dia sendiri berumur 80 tahun. Sungguh menakjubkan kerana memang saya lihat tadi isterinya melangkah anak-anak tangga yang banyak juga. Terdetik di dalam hatiku masa itu, masih kuat makcik ini naik tangga. Tambah menakjubkan warga emas itu (suami makcik tadi) masih boleh memandu kereta. Tidak lama kemudian turunlah isterinya dan masuk ke kereta duduk di sebelahnya. Warga emas itu meminta tolong saya mengemaskinikan buku akaunnya kerana dia tak kuat lagi berjalan masuk. Dengan rela hati saya menolongnya kerana amat kasihan dengan keadaan dirinya yang uzur. Selepas mengemaskini buku akaunnya, warga emas itu meminta saya menolongnya sekali lagi membuat pengeluaran wangnya. Sekali lagi saya ke kaunter memberitahu pegawai di situ seorang warga emas sedang menunggu di kereta meminta saya membantunya membuat pengeluaran wang simpanannya. Pegawai itu turun dan pergi ke kereta warga emas itu untuk mendapatkan tandatangannya. Setelah selesai berurusan, kedua-dua warga emas itu mengucapkan terima kasih lalu memandu keretanya. Kuperhatikan dari jauh, kereta itu bergerak dengan amat perlahan dan berharap para pemandu yang lain faham dan bersabar jika berada di belakang kereta itu...
Pengalaman bertemu kedua-dua warga emas itu benar-benar menginsafkan diriku tentang usia. Adakah diri ini sampai ke umur itu seperti mana warga emas itu? Adakah diri ini masih mampu memandu kereta seperti warga emas itu? Bolehkah diri ini menguruskan diri sendiri tanpa bantuan anak? Hanya Allah Maha Mengetahui. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Kita sebagai hambaNya perlu redha menerima segala ketentuanNya....
Ok...berbalik semula cerita kek minggu ini... Alhamdulillah..semalam dapat menyiapkan 3 biji kek iaitu kek span vanilla mousse mangga dan hirisan mangga, kek chiffon coklat mousse coklat hirisan pisang dan kek karot.
Kek span vanilla mousse mangga dan hirisan mangga ditempah oleh Siti Halina di Simpang Renggam. Terima kasih Halina...
Kek chiffon coklat mousse coklat dan hirisan pisang ditempah oleh Hjh. Mahizan. Terima kasih Hjh...kerana selalu juga menempah kek daripada saya.
Ini pula kek karot, saya buat sebagai buah tangan untuk rakan lama Suryani ketika menziarahinya di Simpang Renggam. Alhamdulillah, Ngah suka akan kek ini dan meyatakan keknya sedap walaupun belum pernah makan kek karot sebelum ini.
Labels: Kek coklat pisang , Kek karot , Kek mangga
Kek Perkahwinan
Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya masih diberi peluang menaip patah-patah kata pada hari ini. Teringat pula satu sajak yang kuajar pada anak-anak didikku. Sajak 'Usia' ditulis oleh Siti Zaiton Ismail amat memikat yang banyak menggunakan gaya bahasa simbolik.
Usia
Telah kususun letakmu
di sisian tenang
ruang kukecilkan lagi
dengan keinginan sederhana
kulepaskan kupu-kupu semalam
melalui jendela
diiringi segaris cahaya pagi
selamatlah datangmu
Atas kecintaan diri
hidup didewasakan
menjadi kristal padu
memancarkan cahaya berpenjuru
seharusnya kita berhati-hati
memantulkan kembali
ke hala yang satu
Tanpa keizinan-Mu
pagi tidak lagi berbau tanah
atau tiba-tiba
lorong kecilku
menjadi ungu
Amat tertarik dengan rangkap akhir..Tanpa keizinan-Mu pagi tidak lagi berbau tanah.. Alhamdulillah...semoga Allah memanjangkan usiaku...Amin.
Dengan keizinan-Nya jugalah, minggu ini dapat menyiapkan 2 tempahan kek perkahwinan dan satu kek hari lahir.
Ini gambar yang Syam tag dalam fb. Minta maaf ye Syam..kak jun copy gambarnya dan masukkan dalam blog ini. Kek ini Syam sendiri yang pacakkan tiangnya...kak jun minta maaf tak dapat menunggu masa tu sebab ada 2 lagi undangan perkahwinan yang harus kak jun pergi. Terima kasih Syam kerana puas hati dengan deco dan rasanya dan tidak serik untuk menempahnya lagi untuk perkahwinannya nanti. Semoga cepat dipertemukan jodoh... Amin.
Ini juga kek 2 tingkat yang ditempah oleh Cikgu Suhaila untuk perkahwinan adik lelakinya. Alhamdulillah Cikgu Suhaila mengatakan keknya sedap dan akan menempahnya lagi untuk kek hari lahir pula. Terima kasih Cikgu Suhaila....
Kek Snowy Peach ini pula ditempah oleh Yana untuk hari lahir suaminya. Terima kasih Yana kerana ini kek hari lahir kedua yang telah ditempahnya.
Labels: kek perkahwinan