Italian Rainbow Cake

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali..
Alhamdulillah...pagi ini masih boleh berbicara dengan keizinanNya. Teringat satu sajak dalam antologi Anak Bumi Tercinta yang pernah digunakan sebagai KOMSAS Tingkatan 3. Sajak bertajuk Usia ditulis oleh Siti Zainon Ismail.
          
          Telah kususun letakmu
          di sisian tenang
          ruang kukecilkan lagi
          dengan keinginan sederhana
          kulepaskan kupu-kupu semalam
          melalui jendela
          diiringi segaris cahaya pagi
          selamatlah datangmu

          Atas kecintaan diri

          hidup didewasakan
          menjadi kristal padu
          memancarkan cahaya berpenjuru
          seharusnya kita berhati-hati
          memantulkan kembali
          ke hala yang satu

          Tanpa keizinan Mu

          pagi tidak lagi berbau tanah
          atau tiba-tiba
          lorong kecilku
          menjadi ungu

Ya...Alhamdulillah pagi tidak lagi berbau tanah. Dengan keizinanNya saya boleh berkongsi resipi lagi dengan blogger masakan yang lain. 


Kali ini kek yang saya dapat resipinya daripada blogger juga tapi minta maaf lupa pula dari blog mana. Apa-apa pun terima kasih kepada penulis blog itu yang sudi berkongsi resipi.



                                             Rainbow Cake



 Italian Rainbow Cake
Sumber : Ida

A : Putar sampai kembang / putih berkrim
380 gm telur ( 7 biji )- kita timbang, +- 9 biji telur gred B dibuang sedikit putihnya :)
280 gm gula castor
15 gm ovallete

B : Putar kembang
400 gm butter
40 gm gliserine
8 gm vanila

C : Ayak kesemuanya
380 gm tepung superfine
6 gm baking powder (double action)
8 gm susu tepung

D : Campurkan
30 gm air
Secubit garam

1. Pukul A hingga kembang / putih berkrim, ketepikan
2. Pukul B sampai kembang dan putih.
3. Masukkan C dan D berselang seli sambil sebatikan 

    ke dalam B
4. Masukkan bahan no.3 ke dlm adunan A, sebatikan

    ( anggaran timbangan adunan 1600 gm )
5. Bahagikan adunan kepada 6 warna. Setiap adunan 
    250 gm
6. Bakar setiap adunan pada suhu 170 -180 C selama 

    15 minit. Sejukkan. 
7. Lapiskan kek dengan Italian Buttercream, salut dan
    hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.

Italian Buttercream

A :  Masak hingga suhu 220 C
200 gm gula castor
100 gm air

B :
3 biji putih telur gred A - kita guna 4 biji telur gred B

C :
500 gm butter sejuk - dipotong dadu 

1. Masak A hingga mencapai suhu 220 C.
**Cara lain menentukan air gula sudah sampai ke 

    suhu 220 C - ambil dawai bunga, celup ke dalam 
    adunan. Jika air gula melekat dan boleh dihembus 
    bentuk belon, boleh angkat.     
2. Sementara kita tunggu air gula kita tadi masak, 
    putar putih telur sampai kembang. Bila air gula 
    masak, terus masukkan ke dalam putih telur sambil
    terus diputar...ini bermakna kita harus gunakan
    stand mixer supaya mixer terus berputar semasa 
    kita masukkan air gula tersebut.
3. Pukul adunan hingga sejuk
4. Tukarkan whisker kepada K beater, masukkan 

    butter sedikit demi sedikit hingga habis
5. Pukul krim sampai sebati, kembang dan kental
6. Bolehlah lapiskan kek dan warnakan krim utk 
    membuat hiasan atas kek 

Kek ini memang sedap. Cuma Italian buttercream agak manis bagi orang yang tak suka manis. Untuk kek ini, selepas melapis kek dengan Italian buttercream, buttercream yang lebih, saya tambah sedikit lagi lemak sayuran (shortening) dan tambah sedikit perisa oren barulah saya salut buttercream tersebut di sekeliling kek.


Selamat mencuba...


          




Absolute Chocolate Cake

Assalamualaikum...
Alhamdulillah diberi peluang lagi mencoret kata-kata di sini. Cuti sekolah hujung tahun memberikan sedikit ruang masa untuk menjengah di sini dan berkongsi resipi-resipi yang saya dapat daripada blogger-blogger terkenal dan sudah saya cuba. Alhamdulillah memang semua kek itu sedap-sedap belaka.Antaranya ialah Absolute Chocolate cake yang saya dapat resipinya dari blog Azlita Masam Manis. 




            
Kek ini ada dijual di Secret Recipe. Harganya RM10.00 sepotong dan memang sedap. Cuma di Secret Recipe, lapisan keknya terlalu nipis. Bagi penggemar kek coklat, kek ini dapat memenuhi selera kerana mewah dengan rasa coklat sama ada pada keknya, fillingnya mahupun salutan luar keknya. Resipinya saya salin terus daripada blog Azlita yang pemurah, peramah dan ramai peminatnya. Terima kasih Azlita kerana berkongsi resipi..


ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE

Kek Coklat Mouse

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Chocolate Mousse

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar

Cairkan gelatin, 

Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna

Ganache Coklat Krim

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega

Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan
Kemudian pukul hingga berkrim

Kaedah penyediaan

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam

Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka

Selamat Mencuba....

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills