Kek Coklat Pisang

Assalamualaikum.
Seronok hari raya tahun ini? Setelah berpuasa sebulan, sudah tentu tentu seronok kan hari raya kita. Tapi entah kenapa bagi saya hari raya tahun ini serba tak kena. Semangat berhari raya hilang. Kami menyambut hari raya dengan perasaan sedih dan pilu. Setelah lapan tahun berhari raya tanpa ayahanda tersayang, tahun ini kami kehilangan pula adik yang disayangi. Kami melalui malam raya dengan perasaan sebak saja. Setiap tahun saya menyambut kepulangan adik di rumah bonda pada malam raya tetapi kini tidak lagi. Hanya suasana muram saja menyelubungi keluarga kami..

Persiapan hari raya cuba dibuat seperti biasa tapi memang ada saja yang tak kena. Cermin meja makan pecah semasa mengelapnya. Sanggul langsir patah. Bilah kipas patah, malah telur yang dipegang untuk membuat kek pun boleh pecah. Suami pula demam pada hari raya pertama dan baju hari raya yang ditempah pun tak sempat siap! Memang betul-betul dugaanlah tahun ini.

Namun ada jugalah kelainan raya tahun ini. Biasanya biskut raya saya beli saja tapi tahun teringin nak membuatnya sendiri. Bersama ezza adik saya, sibuk jugalah kami pergi membeli bahan-bahan nak membuat biskut. Saya pun mencari-cari resipi. Biskut tradisional seperti semperit, dahlia, bislut kacang, suji menjadi pilihan. Buku resipi bonda zaman mudanya dulu menjadi rujukan untuk membuat biskut-biskut tersebut.

Buku resipi bonda dalam tulisan jawi...orang Johor pandai baca jawi...

Tempahan kek tetap diterima. Kek coklat lapis mangga yang ditempah oleh Anita untuk majlis keluarganya pada hari raya kedua.

Kek coklat pisang disediakan untuk menjamu saudara-mara yang datang. Alhamdulillah mereka menyukai kek ini. Di bawah ini saya copy paste saja resipinya dari blog Kak Wan.



Chocolate Banana Cake
citarasawan@myresipi.com

Bahan-bahan
Chocolate Chiffon Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Kek Filing
400ml whipping cream (manis)
100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
6 biji pisang berangan (dihiris nipis)



Coklat Ganache/Frosting
140ml UHT whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan
1 tbsp mentega (optional)

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 180C.
Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.

Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.
Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.
Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).

Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.
Hias mengikut citarasa, simpan di dalam peti sejuk biar coklat mengeras baru dipotong
Tips : Basahkan loyang sebelum di masukkan adunan kek supaya sng dikeluarkan

Selamat mencuba...terima kasih Kak Wan kerana berkongsi resipi.



0 comments:

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills