Kek hantaran pertunangan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah...majlis pertunangan adik berjalan lancar semalam. Kami adik-beradik bertungkus-lumus membuat persiapan bagi memastikan majlis berjalan seperti yang dirancang. Barang-barang hantaran dihias sendiri oleh Angah. Saya sendiri membuat 3 biji kek dan coklat. Kek kukus buah-buahan, kek chiffon coklat lapis pisang dan kek chiffon coklat lapis mangga sayalah sendiri yang mendeconya....



Kek kukus buah-buahan di atas ini dihias dengan fondant dan bunga daisy gumpaste. Inilah kali pertama membuat gumpaste ikut resipi Ija. Alhamdulillah menjadi. Cuba menguli fondant tapi tak menjadi. Jadi terpaksalah beli di kedai. Harganya...mahal juga...700 gm RM18.00. Lain kali kena cuba juga menguli fondant sampai jadi. Kek tradisional ini sesuai dijadikan hantaran kerana kek ini tahan lama dan mudah untuk dihias berbanding dengan kek-kek moden sekarang ini. Dengan ilmu yang dipelajari daripada Ija dan sedikit kreativiti, maka inilah hasilnya... simple tetapi tetap menarik.....


Ini pula kek chiffon coklat lapis pisang.Dihias dengan coklat crispy di tepi kek. Anggur dan strawberry pula diletakkan di tengah-tengah kek dan dihias pula dengan bunga daisy gumpaste sebagai penyeri.


Kek ini pula kek chiffon coklat lapis mangga juga sebagai hantaran daripada pihak perempuan keluarga kami. Hiasan bakulnya daripada buttercream ditambah pula dengan strawberry. Nampak mengancam melihat strawberry yang besar dan merah-merah tu....


Coklat juga salah satu hantaran pihak perempuan. Saya dan anak buah membuatnya. Oleh sebab terlalu penat agaknya, ejaan BERTUNANG pun salah...N nya tertinggal!



Terima kasih diucapkan kepada jiran-jiran iaitu Sham, Sidah, Nor, Kak Lia yang banyak membantu keluarga kami, sama-sama bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk tetamu....

Semoga majlis pernikahan pada bulan Oktober nanti akan berjalan mengikut yang dirancangkan...






0 comments:

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills