Kek hantaran pertunangan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah...majlis pertunangan adik berjalan lancar semalam. Kami adik-beradik bertungkus-lumus membuat persiapan bagi memastikan majlis berjalan seperti yang dirancang. Barang-barang hantaran dihias sendiri oleh Angah. Saya sendiri membuat 3 biji kek dan coklat. Kek kukus buah-buahan, kek chiffon coklat lapis pisang dan kek chiffon coklat lapis mangga sayalah sendiri yang mendeconya....



Kek kukus buah-buahan di atas ini dihias dengan fondant dan bunga daisy gumpaste. Inilah kali pertama membuat gumpaste ikut resipi Ija. Alhamdulillah menjadi. Cuba menguli fondant tapi tak menjadi. Jadi terpaksalah beli di kedai. Harganya...mahal juga...700 gm RM18.00. Lain kali kena cuba juga menguli fondant sampai jadi. Kek tradisional ini sesuai dijadikan hantaran kerana kek ini tahan lama dan mudah untuk dihias berbanding dengan kek-kek moden sekarang ini. Dengan ilmu yang dipelajari daripada Ija dan sedikit kreativiti, maka inilah hasilnya... simple tetapi tetap menarik.....


Ini pula kek chiffon coklat lapis pisang.Dihias dengan coklat crispy di tepi kek. Anggur dan strawberry pula diletakkan di tengah-tengah kek dan dihias pula dengan bunga daisy gumpaste sebagai penyeri.


Kek ini pula kek chiffon coklat lapis mangga juga sebagai hantaran daripada pihak perempuan keluarga kami. Hiasan bakulnya daripada buttercream ditambah pula dengan strawberry. Nampak mengancam melihat strawberry yang besar dan merah-merah tu....


Coklat juga salah satu hantaran pihak perempuan. Saya dan anak buah membuatnya. Oleh sebab terlalu penat agaknya, ejaan BERTUNANG pun salah...N nya tertinggal!



Terima kasih diucapkan kepada jiran-jiran iaitu Sham, Sidah, Nor, Kak Lia yang banyak membantu keluarga kami, sama-sama bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk tetamu....

Semoga majlis pernikahan pada bulan Oktober nanti akan berjalan mengikut yang dirancangkan...






Kek minggu ini


Assalamualaikum
Sempena hari bapa minggu ini, tiga rakan sekerja menempah kek tiramisu. Terima kasih kepada kak mahizan, Lin dan Shima kerana sudi menempah. Diharap rakan-rakan suka akan kek ini. Kek yang sedap ini resipi sebenarnya menggunakan biskut lady fingers, dicelup air nescafe dan dilapis dengan adunan cheese mascarpone dan whipping cream. Tetapi di bandar kecil ini susah nak jumpa biskut dan cheese ini. Biasanya mereka menggantikan biskut itu dengan kek span coklat. Tetapi saya gantikan dengan chiffon kopi. Rasa kopi kek chiffon yang lembut dengan lapisan cheesenya memang padanan rasa yang sangat sedap!Ditambah lagi disalut nipis di tepi kek dengan coklat ganache van houten dan parutan coklat masakan van houten di permukaan kek.Mmmm...terangkatlah apabila kita memakannya.Resipi kek chiffon kopi asalnya ialah chiffon coklat resipi Mat Gebu. Cuma saya gantikan coklat dengan serbuk nescaffe. Berikut ialah cara saya membuat kek tiramisu gabungan chiffon kopi resipi Mat Gebu dengan resipi tiramisu yang saya dapat dalam satu blog lain. Tapi minta maaf saya tak ingat blog siapa. Terima kasih kepada Mat Gebu dan penulis blog yang membahasakan dirinya sebagai Ros.

Bahan:-
1 biji kek chiffon kopi
200 gm keju philidephia
250 ml whipping cream UHT
1/2 cawan gula kastor
1/2 biji lemon [ambil jusnya]
serbuk koko
50 ml air (untuk merendam gelatin)
1 sudu besar gelatin

Cara
1. Rendam gelatin sehingga kembang. Kemudian cairkan dengan cara double

boiler.
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan gelatin tadi dan kacau rata.
6. Potong kek kepada dua bahagian.
7. Letakkan satu bahagian ke dalam spring foam bersaiz 20cm dan tuangkan

separuh adunan keju. Ratakan dan hentak sedikit spring foam itu supaya keju
mengalir ke bawah.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi. Tutup dengan

cling film dan simpan di dalam peti ais semalaman.
9. Hiaskan dengan serbuk koko dan parutan coklat masakan.

Selamat mencuba...

Kek ini pula ialah kek chiffon oren dilapisi filling oren dan buah peach. Kek sempena hari bapa untuk keluarga kami ini simple saja hiasannya. Saya cuma hendak mencuba melepa kek. Nampaknya menjadi juga percubaan saya. Taklah teruk sangat rupa kek saya tu kan...hehe....

Minggu depan merupakan minggu yang agak sibuk bagi saya. Saya perlu mengurus masa dengan baik untuk menyediakan 3 biji kek yang perlu dihias untuk hantaran pertunangan...

Kek kukus Buah-buahan

Assalamualaikum. Bahang raya sudah terasa. Kedai pembekal bahan-bahan membuat kuih sudah mula dikunjungi ramai. Mungkin mereka hendak membuat kuih-kuih contoh untuk bulan depan. Almaklum puasa mula awal Ogos.
Kali ini saya ingin berkongsi resipi warisan bondaku...kek kukus buah-buahan. Kek tradisional yang menjadi hidangan untuk tetamu pada hari raya. Masa bonda muda-muda dulu, dia mesti membuatnya apabila tiba hari raya dan dakulah yang menolongnya semasa menuang gula hangus hehe...Mujurlah ada anaknya yang mewarisi resipinya dan kini menyambung membuat kek tradisional ini. InsyaAllah resipi bondaku ini sedap dan keknya tidak terlalu manis.


Bahan-bahan
1 ¼ buku mentega ( ±315 gm, saya guna mentega SCS)
300 gm tepung gandum
300 gm buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh cream of tartar
120 g gula gula pasir
120 g gula pasir (untuk gula hangus)
1 sudu teh buah pala diparut (jika tidak suka boleh ganti dengan esen vanilla)

Cara-cara:
1. Jerang air di dalam pengukus hingga mendidih. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan cream of tartar. Kemudian, masukkan buah-buahan campuran dan parutan biji pala ke dalam tepung yang telah diayak tadi dan gaul hingga buah-buahan tadi bersalut dengan tepung. Tujuannya untuk mengelakkan buah mendak ke bawah. Ketepikan dulu.

2. Pukul mentega dengan gula pasir hingga berkrim.

3. Masukkan telur satu persatu. Pukul dengan whisk tangan saja sehingga sebati.

4. Masukkan tepung yang telah digaul dengan buah-buahan tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata.

5. Masak gula pasir. Kacau gula tersebut tanpa henti hingga menjadi hangus.

6. Tuang gula hangus perlahan-lahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Buat dengan hati-hati dan cepat kerana gula hangus cepat beku apabila sejuk.

7. Lenser loyang kek bersaiz 8inci x 8 inci dengan mentega dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.

8. Tuang adunan kek ke dalam loyang tadi

9. Tutup loyang kek dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia. Tujuannya untuk mengelakkan wap masuk ke dalam adunan kek.

10. Kukus selama 4 jam dengan api yang sederhana hingga kek masak. Jika air berkurangan selepas 1 jam, tambah air panas mendidih. Jangan gunakan air sejuk . Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek.

Inilah bahan-bahan yang saya gunakan...


Campurkan buah-buahan kering dan biji pala yang telah diparut ke dalam tepung yang telah diayak.

Beginilah rupa tepung yang telah digaul dengan buah-buahan kering dan biji pala. Petua ini saya dapat daripada Che Mat Gebu untuk mengelakkan buah mendap ke bawah. Pernah juga cuba petua lain iaitu gaul sedikit saja tepung dengan buah-buahan tersebut tetapi buahnya tetap mendap. Terima kasih Che Mat Gebu dengan petua yang diberikannya..

Satukan gula pasir dan mentega di dalam pengadun

Putar lebih kurang 10 minit hingga mentega berkrim dengan kelajuan sederhana

Mentega yang sudah berubah warna keputih-putihan dan berkrim


Masukkan telur satu persatu. Gaul sebati dengan whisk tangan saja.

Apabila sudah sebati barulah masukkan telur yang berikutnya.

Masukkan pula tepung tadi sedikit demi sedikit dengan cara kaup dan balik. Ketepikan dulu..

Masak gula pasir. Kacau sentiasa gula tersebut hingga menjadi hangus.

Apabila kelihatan gula berbuih sepenuhnya, tuang gula tersebut ke dalam adunan tadi dengan cepat tetapi berhati-hati sambil menggaulnya..








Masukkan adunan kek ke dalam loyang kek bersaiz 8 inci x 8 inci








Tutup loyang kek dengan aluminium foil dan ikat dengan tali rafia.





Kukuslah selama 4 jam. Kek yang dikukus cukup 4 jam, boleh tahan sebulan walaupun tidak disimpan di dalam peti ais.




Jika anda sudah mencubanya, berilah komen di sini ye....





Sementara menunggu 4 jam kek masak, saya cuba mendeco sebiji kek span.









Kek span coklat sebelum disolek...hehehe....

Selepas mendeconya, inilah hasilnya...sejambak bunga ros di dalam bakul...Kek bakul sesuai untuk hantaran pertunangan.





InsyaAllah, untuk kek bakul pertunangan adik nanti, saya akan buat sedikit kelainan daripada yang ini. Tunggu.......




























































































































Kek Ulang tahun






Assalamualaikum.






Kek hari ini kek chiffon oren steam buttercream dan tiramisu. Kek ini ditempah oleh adik lelaki, Asya sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-3. Sebelum acara memotong kek..kami sekeluarga makan tengah hari. Wah...banyaknya Asya beli ikan siakap...empat ekor dan besar-besar pulak tu.. yang memasaknya pula chef keluarga kami..iaitu chef Angah hehehe... Pandai betul Angah masak..memang sedap. Inilah masakan Angah.....



Siakap goreng sos tiram lada hitam...



Siakap steam....mmmm ni yang paling sedap

Ayam panggang....


Selepas makan tengah hari, Asya dan isterinya memotong kek. Angah pula tak lepas dengan kek tiramisu, habis 3 potong! Dia kata kalau tengah lapar habis dia makan sebiji kek ...hehehe..



Bersama-sama anak buah kesayangannya....

Kami sekeluarga memang selalu berkumpul makan tengah hari atau malam. Lebih meriah kalau ada arwah adik Ani. Dialah yang selalu merancang hari keluarga kami di luar daerah. Kami sekeluarga memang amat terasa dengan kehilangannya. Al-fatihah untuknya...

Projek kek selepas ini, kek pertunangan adik....InsyaAllah.
























































































Kek minggu ini








Assalamualaikum.




Cuti sekolah bermula...tapi itu pelajar sekolah yang bercuti. Bagi guru, tidak ada istilah cuti sebenarnya. Seperti hari persekolahan,sekolah tetap sibuk dengan aktiviti. Guru-guru masih meneruskan komitmen mengadakan kelas tambahan. Selain itu, guru-guru juga perlu menyiapkan penandaan kertas-kertas peperiksaan pertengahan tahun. Itulah pengorbanan guru sebenarnya, sentiasa memerah keringat dan merancang program-program kecemerlangan untuk memastikan anak-anak didik cemerlang. Apabila sudah cemerlang, baharulah mereka dapat melangkah ke hadapan dan menentukan hala tuju hendak ke mana. Nak jadi doktor, jururawat, peguam. penyelidik, eksekutif...hanya boleh tercapai jika mereka cemerlang di sekolah. Dan siapa yang menjadikan mereka cemerlang jika bukan guru.....


Berbalik dengan projek kek minggu ini. Kek tiramisu dan kek chiffon oren dilapisi blueberry dan buah-buahan koktail istimewa untuk guru-guru kelas Hikmah.


Inilah kek tiramisu. Chiffon kopi dilapisi cheese dan whipping cream ditambah pula dengan sedikit jus lemon. Di atas kek ditaburi serbuk koko van houten dan parutan coklat masakan van houten. Emmm...memang sedap dan tidak terasa muak. Diakui oleh Angah dan rakan-rakan yang merasainya..hehe....



Ini pula chiffon oren yang dilapisi blueberry dan buah-buahan koktail..
Kek yang mewah dengan buah-buahan....




Kek coklat pisang ini pula ditempah oleh Mariah untuk anak-anak muridnya. Patutlah sekolah cemerlang, gurunya penyayang...


Oleh sebab kek ini bukan untuk apa-apa majlis, jadi tak payahlah susah-susah mendekonya....


Pada hari Selasa pula mengikuti kelas aneka tart di bawah Program Latihan 1 Malaysia Kolej Komuniti di bawah bimbingan Ija...

Sedap-sedap tart yang Ija ajar ni...hari raya tahun ini boleh buat untuk keluarga sendiri. Nak terima tempahan rasanya tak sanggup....hehe...



Projek kek minggu depan, kek ulang tahun perkahwinan adik yang majlisnya dibuat di Indonesia.



































































































































































































































































































































































tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills