Mango Terrine





Assalamualaikum.


Selepas membuat chiffon oren lapis mangga blueberry, terjumpa pula resipi Mango Terrine di dalam majalah bulanan Nona yang saya langgan setiap bulan. Majalah Nona memang banyak resipi chef dari pelbagai hotel. Mango Terrine, tak tau pula apa makna Terrine.. Cari makna dalam kamus bahasa Ingggeris tak de pula. Agaknya bahasa Italy atau Perancis kot...hehehe.... Ada sesiapa yang boleh beri makna perkataan Terrine....



Resipi yang dikeluarkan dalam majalah Nona ini mengikut keperluan semasa. Kalau musim perkahwinan, banyaklah resipi untuk lauk-lauk pengantin. Bulan ramadhan pula, banyak resipi untuk berbuka puasa. Semasa berpuasa tengok gambar-gambar masakannya, sampai terliur-liur...hehehe... Selepas tu nak menyambut hari raya pula, maka keluarlah resipi kuih-kuih raya dan kek. Tidak rugilah membeli majalah ini. Cuma kadang-kadang penerangan cara membuatnya terlalu ringkas. Bagi orang yang baru nak belajar dan tak biasa buat, memang kena banyak kali mencubanya. Contohnya saya sendiri, kali pertama buat kek mango terrine ni mengambil masa juga nak menyiapkannya. Tapi tak mengapa, belajar daripada kesilapan. Lain kali kalau buat lagi, pasti lebih memuaskan lagi.


Selepas ini nak buat pula kek tiramisu mengikut resipi yang ada di dalam majalah Nona. Tiramisu ni banyak versi cara membuatnya. Pernah cuba sekali membuatnya tetapi tak berapa sukalah dari segi rasanya. Harap-harap kali ini keknya lebih sedap....








Chiffon Oren lapis Mangga Blueberry



Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ini teruja nak mencuba kek yang dilapisi buah. Mungkin disebabkan terlalu kerap membuat kek coklat, jadi ingin mencari kelainan sedikit. Kali ini masih menggabungkan resipi Mat Gebu dan Kak Wan, saya membuat chiffon oren yang dilapisi fresh cream, buah pelam dan blueberry. Bimbang kek akan terlalu masam kerana pelam, jadi saya guna pelam raja yang memang sedap dan manis. Kek seperti ini memang sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut. Kek chiffon oren resipi Mat Gebu memang sedap kerana tidak menggunakan esen oren tetapi kulit limau sunkist yang diparut dan jus oren yang diperah. Mmmmm...terasa orennya itu. Jika berminat hendak mencuba resipi ini, bukalah blog Mat Gebu yang sudah saya link kan di sebelah kanan laman ini. Terima kasih Mat Gebu dan Kak Wan kerana berkongsi resipi ini dengan rakyat Malaysia.....





Hari Ibu







Assalamualaikum

Istimewanya Hari Ibu tahun ini, saya membuat kek fruits flan. Resipinya saya dapat daripada blog kak Wan. Cuma saya ubah sikit iaitu keknya ialah kek chiffon oren, resipi Mat Gebu. Terima kasih Mat Gebu dan kak Wan. Memang sedap kek chiffon oren ini. Terasa jus orennya. Kek ini mewah dengan buah-buahan koktail yang menjadi lapisan kek ini ditambah lagi dengan fresh cream di dalam dan luar kek. Adik-adik memuji kek ini memang sangat sedap. Kata Angah dalam fbnya, tak puas makan hehehe....


Hari ini saya menyiapkan kek hari lahir yang ditempah oleh Yana untuk anaknya, Adief yang genap umurnya setahun. Kek ini ialah kek chiffon coklat dengan fillingnya fresh cream coklat dan biskut oreo. Kebetulan strawberry semalam masih ada lebih, jadi saya hias di atas kek ini dengan strawberry. Harap Adief suka kek ini ya....Selamat Hari Lahir Adief dan terima kasih Yana kerana sudi menempah kek ini.


Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu. Semoga kita menjadi ibu yang baik yang dapat memberikan didikan yang sempurna dunia dan akhirat untuk anak-anak kita. Amin....








tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills