Kali pertama menerima tempahan kek perkahwinan. Pada mulanya tempahan telah dibuat awal tetapi dibatalkan. Walau bagaimanapun seminggu sebelum tarikh perkahwinan iaitu pada hari ini, bakal pengantin membuat tempahan semula. Kelam-kabut juga dibuatnya sebab ada dua kek lagi hendak dibuat iaitu kek coklat pisang yang hendak dibawa untuk jamuan pot-luck dan untuk rakan Angah yang akan menyambut hari lahirnya esok. Ramai rakan-rakan yang memuji kek coklat pisang tu sangat sedap macam di secret recipes malah ada yang kata lebih sedap daripada secret recipes. Terima kasih kawan-kawan dan ada yang hendak menempah untuk harijadi anaknya.
Kek perkahwinan ini bertemakan warna ungu, warna tema pengantin. Saiz kek ini 10 inci dan keknya ialah kek coklat lembap. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kek ini disiapkan walaupun di saat-saat akhir ditambah lagi sibuk dengan tugas rasmi. Diharap pengantin suka dengan corak dan rasa kek. Terima kasih kerana sudi menempah walaupun yang membuat kek ini masih tahap amatur. Selamat pengantin baru dan jangan lupa nasi minyak untuk akak ya.....

0 comments:
Post a Comment