Kek Karot


Semalam membuat sebiji lagi kek karot yang ditempah oleh rakan sejawat kak Siti Radziah. Katanya kek ini untuk minum petang bagi majlis persaraan pengetua, Pn. Hjh.Marmining. Oleh sebab beliau tidak makan kek krim aising, jadi kek karot ini tidak disalut krim cheese dan hanya diletak sejambak bunga di atasnya sebagai hiasan untuk acara memotong kek. Kek karot ini juga sedap dimakan walaupun tanpa krim cheese dan amat sesuai untuk minum petang.
Terima kasih diucapkan kepada kak Siti Radziah kerana sudi menempah kek ini. Diharap Pn. Hjh. Marmining, akak dan rakan-rakan akak yang lain berpuas hati dengan rasa kek ini.

0 comments:

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills