Bersyukur dengan pencapaian cemerlang SPM pada tahun ini, rakan-rakan membuat pot-luck kesyukuran. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan keikhlasan guru mengajar, sekolah memperoleh anugerah dalam empat kategori. Rakan-rakan guru memang mempunyai komitmen yang tinggi walaupun bekerja tanpa Pengetua yang bercuti panjang. Atas rasa tanggungjawab dan amanah yang dipegang, rakan-rakan guru berusaha keras untuk memastikan anak-anak didik memperoleh kejayaan yang cemerlang. Itulah rahsia kejayaan sekolah ini.
Seperti biasa rakan-rakan akan membawa apa-apa makanan untuk jamuan pot-luck. Saya juga mengambil peluang ini membawa sebiji kek karot dan secara tidak langsung mempromosi kek karot kepada rakan-rakan. Sebelum mendapat tempahan kenalah keluarkan kos promosi dulu...pelanggan kenalah rasa sedap atau tidak. Alhamdulillah mereka kata sedap malahan ada yang kata boleh buka bakery pula. Insya Allah...mudah-mudahan tercapai impian itu...Amin.
Terima kasih rakan-rakan. Tidak lupa juga diucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan sekolah yang cemerlang.
Kek karot taburan walnut
Labels: Kek karot
Kek Karot
Labels: Kek karot
Kek Coklat Pisang
Selepas menyiapkan kek perkahwinan semalam, terus menyiapkan pula tempahan kedua iaitu kek coklat pisang. Kek ini paling digemari ramai dan banyak juga menerima tempahan kek ini. Di atas kek ini dihias dengan pisang, dipaipkan pula dengan coklat ganache memang nampak menyelerakan. Apatah lagi jika anda merasanya, memang sangat sedap! Inilah kek ala2 secret recipes yang saya peroleh daripada blog kak Wan. Terima kasih kak Wan kerana sudi berkongsi resipi dengan peminat-peminat kak Wan. Jadi tidak perlulah kita ke secret recipes lagi....
Labels: Kek coklat pisang
Kek Perkahwinan

Kek perkahwinan ini bertemakan warna ungu, warna tema pengantin. Saiz kek ini 10 inci dan keknya ialah kek coklat lembap. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kek ini disiapkan walaupun di saat-saat akhir ditambah lagi sibuk dengan tugas rasmi. Diharap pengantin suka dengan corak dan rasa kek. Terima kasih kerana sudi menempah walaupun yang membuat kek ini masih tahap amatur. Selamat pengantin baru dan jangan lupa nasi minyak untuk akak ya.....
Labels: kek perkahwinan
Kek Karot

Terima kasih diucapkan kepada kak Siti Radziah kerana sudi menempah kek ini. Diharap Pn. Hjh. Marmining, akak dan rakan-rakan akak yang lain berpuas hati dengan rasa kek ini.
Labels: Kek karot