Hari ini menyambut harijadi suami yang tersayang. Sebenarnya tarikh harijadinya semalam 11 Januari, sama dengan harijadi Siti Norhaliza. Tak dapat menyambutnya semalam kerana ada tugas yang memerlukan saya berulang ke Batu Pahat selama tiga hari. Hari ini, balik dari Batu Pahat terus mula mendeko kek untuknya.
Kek harijadi yang pertama hasil tangan sendiri selepas menimba ilmu dengan Ija. Macam mana Ija? Ok tak hiasannya dan steamnya? Nozzle agak terhad jadi tak banyak hiasan yang boleh dibuat.
Kek ini merupakan kek coklat lembap. Biasanya kek ini saya letak topping coklat juga. Tetapi untuk kek harijadi saya buat cara steam buttercream. Penat juga nak mensteamnya...tapi bila dah hias cantik, hilang rasa penat. Tambah hilang penat apabila suami kata sedap dan dah boleh jual...hehehe....
Selain untuk kek harijadi, kek steam buttercream juga boleh dijadikan kek perkahwinan. InsyaAllah sekiranya sudah mahir dengan kek steam buttercream ini saya akan menerima tempahan untuk kek pengantin. Sekiranya berminat dengan kek steam buttercream untuk dijadikan kek harijadi, bolehlah anda membuat tempahan. Harganya....sila rujuk muka surat 'Hubungi Saya' ya....terima kasih.
0 comments:
Post a Comment