Hari ini pergi melawat adik yang masuk wad di hospital Penawar, Pasir Gudang. Atas permintaannya yang teringin makan oreo cheese cake, kakaknya yang baik hati ini... hehehe... pun buatkan untuk dia. Adik yang memang suka cheese kata kek ini sedap.... Alhamdulillah...
Sebenarnya inilah kali pertama saya membuat dan makan oreo cheese cake. Kali pertama merasanya memang sedap tapi cheese bukanlah citarasa saya. Tambahan pula saya yang ada tekanan darah tinggi memang kena kawal makan terutamanya makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi seperti cheese..
Walau bagaimanapun, kepada sesiapa yang menggemari oreo cheese cake ini, bolehlah membuat tempahan. Anda boleh rujuk pada muka surat 'hubungi saya' untuk mengetahui no. telefon dan harganya.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya ini...
0 comments:
Post a Comment