Kek Karot




Kali pertama membuat kek karot. Resipi kek ini saya peroleh dari internet, sumbernya kek karot Azizah Ariffin. Tak pasti pula...Azizah Ariffin tu seleberiti TV3 atau bukan. Cuma dalam resipinya antara bahannya dia menggunakan badam selain karot, nanas dan kismis. Saya gantikan badam dengan walnut, dicincang dan dimasukkan di dalam adunan kek. Sementara toppingnya pula ialah cheese dipukul bersama butter, gula aising dan jus lemon, kemudian ditabur pula dengan walnut juga. Memang lazat. Boleh dikatakan kek ini berkhasiat jugalah.... kecuali toppingnya yang mempunyai kalori yang agak tinggi!

Bagi anda yang gemar akan kek karot ini, apa kata cubalah kek ini. Sila rujuk di muka surat 'Hubungi Saya' untuk mengetahui harganya. Terima kasih....



































Oreo Cheese cake

Hari ini pergi melawat adik yang masuk wad di hospital Penawar, Pasir Gudang. Atas permintaannya yang teringin makan oreo cheese cake, kakaknya yang baik hati ini... hehehe... pun buatkan untuk dia. Adik yang memang suka cheese kata kek ini sedap.... Alhamdulillah...

Sebenarnya inilah kali pertama saya membuat dan makan oreo cheese cake. Kali pertama merasanya memang sedap tapi cheese bukanlah citarasa saya. Tambahan pula saya yang ada tekanan darah tinggi memang kena kawal makan terutamanya makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi seperti cheese..

Walau bagaimanapun, kepada sesiapa yang menggemari oreo cheese cake ini, bolehlah membuat tempahan. Anda boleh rujuk pada muka surat 'hubungi saya' untuk mengetahui no. telefon dan harganya.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya ini...

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills