Assalamualaikum
Hari minggu yang sibuk dengan pokok-pokok bungaku. Sudah lama tak bercakap-cakap dengan pokok-pokokku ini. Malah ada yang merajuk....hidup segan mati tak mahu! Orang kata pokok bunga kena selalu dibelai-belai...barulah subur pokok tu.
Ada juga logiknya. Apabila kita dekat dengan pokok, kita mengeluarkan karbon dioksida dan karbon dioksida itu pula akan diserap oleh pokok, kemudian pokok akan mengeluarkan oksigen untuk kita pula. Ditambah dengan baja makin bertambahlah subur pokok kita tu nanti....
Tanduk rusa....
Pokok kesayanganku...periuk kera. Pokok yang begitu unik sebab kantungnya di hujung daun.
Pokok markisa mula menjalar semula setelah encik abangku tersalah cantas dahannya di pangkal pokok. Tapi seakan merajuk pula pokok ni....tak berbunga lagi. Pada hal sebelum ini berbunga cantik dan wangi baunya.
Antara koleksi pokok bungaku....
Pokok bunga ros, bunga kesukaanku. Sejak dulu lagi selalu menanam pokok ros tapi selalunya mati. Sekarang barulah kutahu melalui pengalaman, jika menanam pokok ini di dalam pasu, pasu tersebut perlu diletakkan di dalam pasu yang lebih besar berisi tanah. Ini disebabkan akar pokok ros perlukan keadaan yang sejuk.
Kaktus...mudah dijaga tapi kalau tak dijaga dengan betul, boleh mati juga...
Hutan kecil di depan rumahku...hutan hujan tropika yang mempunyai pelbagai spesies tumbuhan-tumbuhan, malar hijau, ada pokok memanjat...hehe.....
Melayan pokok-pokok ini dapat menenangkan fikiran. Terasa lapang fikiran terutama dalam masa-masa stress dengan pekerjaan kita. Lain orang lain caranya untuk mengurangkan tekanan. Tak kisahlah macam mana caranya pun, yang penting kita perlu mencari dan mengenal pasti apa yang kita suka dan minat.
Satu lagi minatku sekarang.....mencari ilmu tentang dunia kek. Tiga biji kek black forest yang ditempah pada minggu lepas.
Kek untuk majlis perpisahan Encik Bahrien yang bertukar tempat kerja.
Kek yang ditempah untuk anak buahku sendiri....
Ini pula ditempah oleh rakan setugas, Suhaili untuk anak lelakinya.
Ramai yang menyukai kek ini, ada rasa masam-masam kerana jus dan buah ceri serta rasa coklatnya. Resipi kek ini asalnya dari barat. Mereka membubuh sedikit wain untuk menambahkan rasa masam pada keknya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah apabila membeli kek black forest di kedai-kedai kek terutama di kedai yang tiada sijil halal.
Terima kasih daun keladi, lain kali tempah lagi..
0 comments:
Post a Comment