Tempahan kek hari lahir

Masih menerima tempahan kek hari lahir. Kali ini daripada seorang yang saya memang kenal. Kek coklat lembap ini ditempah untuk suaminya Mani sempena harijadinya yang ke-33 tahun. Atas permintaannya yang tidak mahu dihias dengan terlalu banyak coklat, jadi seperti biasa saya hias dengan bunga ros perasa strawberry. Kata orang sambil menyelam minum air. Di samping membuat kek tempahan, saya mengambil peluang berusaha mencantikkan lagi bunga ros. Memang belum sampai ke tahap sifu saya Ija tetapi saya tak akan berputus asa. Ija tak jemu-jemu memberi saya skil yang betul untuk membentuk ros daripada nozzle. Agak sukar tetapi seperti kata Ija untuk menghasilkan ros yang cantik kita kena buat 50 kuntum sehari. Tetapi akak minta maaflah Ija, tak mampu akak buat 50 kuntum sebab ada tanggungjawab lain yang memerlukan komitmen yang tinggi. Walau bagaimanapun akak ucapkan terima kasih kepada Ija atas kepercayaan dan sokongan moral yang diberikan kepada akak. Ribuan terima kasih..

Kek hali lahir lagi....

Adik yang bongsu minta buatkan kek coklat strawberry untuk hari lahirnya. Tapi di Kluang ni bukan selalu ada buah strawberry. Pergi juga ke Giant tengok-tengok ada tak jual strawberry tapi tak ada. Kebetulan ada sebiji kek chiffon lagi, apa lagi terus pergi kedai buah beli pisang. Kebetulan bahan-bahan buat kek coklat pisang semalam masih ada, jadi lebih mudah dan cepat. Cuma frustnya dia ejaan namanya atas kek salah! Sebenarnya Atiqa tapi tulis Atikah hehehe...sorry terlupa ejaan nama. Teringat ada nama anak murid Atikah.

Kek coklat pisang ini mewah dengan coklat ganache. Memang sedap...Angah kata sedap giler.... suami pun kata sedap dan tidak terlalu manis. Sebab itu kalau beli di secret recipes harganya mahal. Memang patut pun sebab bahan-bahannya agak mahal dan rumit sikit nak buatnya. Kalau ingin merasa bolehlah buat tempahan ya.....

Tempahan kek

Hari lahir anak saudara Balqis ke-6 tahun, mamanya menempah kek istimewa, kek coklat pisang. Kek chiffon ini dilapisi filling whipping cream dan coklat serta hirisan pisang berangan. Dihias pula ros buttercream perasa pisang dan hirisan pisang. Kebiasaannya buah strawberry dimakan dengan coklat tetapi buah tempatan pisang dimakan dengan coklat ganache rupanya lebih sedap! Selamat hari lahir Balqis, semoga menjadi anak yang pintar...

Banyak lagi projek buat kek selepas ini. Tanggungjawab pada tugas tidak akan diabaikan tetapi minat baru ni tetap diteruskan. Sekurang-kurang ini satu cara yang dapat mengurangkan tekanan terhadap kerja...

Tempahan kek


Inilah hasil kek yang ditempah pada saat-saat akhir. Angah menempah waktu tengah hari dan perlu dihantar kepada wanna awal-awal pagi esoknya ke Melaka. Tak sampai hati menolak permintaannya, balik dari kerja terus mula operasi membakar kek. Oleh sebab dah lewat, guna bahan-bahan kek yang ada dalam simpanan saja. Tapi naik tension juga....sebab selalunya untuk topping saya guna coklat masakan van houten, tetapi kali ini guna jenama lain yang ada dalam stok saja...MasyaAllah....serik guna jenama tu! Tak sesuai untuk buat topping. Terlalu cair dan susah nak keras...tak seperti van houten cepat membeku. Sepatutnya boleh siap awal kerana semua bahan dah sedia ada tapi hanya boleh siap pukul 11.30 malam! Memang van houten coklat masakan pilihanku...

Tempahan kek

Kek hari lahir ditempah oleh nomie untuk bondanya yang tersayang. Nomie tertarik dengan hiasan kek yang ditempah oleh Angah untuk majlis reunionnya. Kebetulan esok hari lahir bondanya, dia juga berminat untuk menempahnya. Kali ini, kek coklat lembap dihias dengan lebih menarik dan menggoda untuk dimakan! Masih dengan buah strawberry dan bunga ros buttercream perasa strawberry. Sempena tahun baru cina, banyak buah strawberry diimport dari Korea. Rasanya sedap, tidak terlalu masam.

Kepada yang berminat bolehlah membuat tempahan tetapi hanya sekitar Kluang saja. Kek coklat lembap ini dijamin sedap dan tidak muak untuk dimakan kerana bahannya tidak menggunakan butter. Toppingnya juga merupakan coklat masakan van hauten dan whipping cream. Memang enak......

Kek Coklat Lembap

Kek Coklat Lembap ditempah oleh Angah untuk majlis reunion tingkatan 6. Resipinya diperoleh daripada satu blog yang suka mencuba pelbagai resipi kek coklat. Kata penulis blog itu, inilah resipi kek coklat lembap tersedap di Malaysia. Memang betul....emmmm sungguh sedap. Dalam resipinya, adunan serbuk koko dan susu pekat manis dijadikan sebagai topping. Tetapi saya ubah resipi toppingnya iaitu menggunakan coklat masakan van hauten dengan whipping cream untuk menjadikannya lebih sedap.

Hiasan kek ini istimewa untuk majlis reunion. Dihias dengan buah strawberry dan bunga ros buttercream perasa strawberry juga. Gabungan rasa coklat dengan strawberry memang sedap tambah lagi jika strawberry yang diimport dari luar negeri. Berpadanan dengan harga buah ini yang agak mahal, maka boleh tahan jugalah harga kek ini. Berapa ya? Silalah rujuk di muka surat 'Hubungi Saya'....

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills