Tautan Kasih

Assalamualaikum
Minggu ini saya cuba menghias kek perkahwinan 2 tingkat. Kek coklat moist ini dijadikan 2 tingkat dan dibentuk bakul. Rasanya lebih mudah kek dihias bentuk bakul berbanding dibuat steam buttercream. Kek steam bc memang lebih cantik sebab rupanya seperti fondant tetapi bagi saya yang tidak selalu membuatnya, hasilnya tidak begitu memuaskan. Jadi tidak mustahillah harga kek steam bc lebih mahal daripada bc yang hanya dilepa saja. Inilah kek bakul yang saya hias dengan bunga gumpaste.

Sekarang ini suka buat bunga gumpaste...rasa seronok pulak... macam balik zaman kanak-kanak dulu.... Cuma bunga ros tu saya beli siap di kedai jer....Mudah kan?

Apa-apa pun membuat dan menghias kek perlu selalu dilakukan barulah kita memperoleh kemahirannya.

Kek Coklat Indulgence

Assalamualaikum
Kek coklat indulgence mengikut resipi Kak Wan dalam blognya
resipicitarasawan
saya buat untuk hari lahir adik perempuan pada 1 Oktober lalu. Kek ala2 secret recipe ini memang sedap tapi nak membuatnya susah dan kena sabar...jadi tak mustahillah harga kek-kek seperti ini lebih RM80.00. Kali pertama buat kek ini tak berapa kemas. Mungkin membuatnya dalam keadaan tergesa-gesa sebab sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan adik perempuan juga yang berlangsung pada 2 Oktober.

Kek coklat indulgence dilapisi mousse coklat putih dan mousse coklat hitam

Untuk majlis perkahwinan adik, saya membuat 200 biji kek cawan pisang berkismis dan 550 biji coklat untuk diberikan kepada tetamu istimewa. 150 biji kek cawan coklat moist pula untuk kanak-kanak.

180 kotak coklat diisi setiap kotak dengan 3 biji coklat pelbagai bentuk dan warna.



Kek cawan coklat moist edible image upin dan ipin, sekejap saja habis. Kanak-kanak yang datang sebelah petang tidak dapat merasanya...

Kek perkahwinan pula tidak sempat siap gara-gara membuat persiapan yang lain. Oleh sebab sudah berniat untuk membuat kek untuknya, seminggu selepas majlis. buat jugalah kek. Masih belum biasa membuat kek perkahwinan walaupun sudah mengikuti kelas steam buttercream dan fondant dengan Ija. Setelah mencuba kedua-dua kek ini, rasanya lebih mudah membuat kek fondant. Cuma masalahnya kekurangan peralatan fondant tambah lagi di bandar kecil ini agak susah untuk mendapatkan peralatannya.Jadi...main tampal-tampal sajalah...hehehe... Kek coklat moist dilapisi filling coklat disalut fondant dan dihias dengan bunga gumpaste.

Resipi kek coklat indulgence
Sumber : resipicitarasawan

Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung1 tsp esen vanila

Bahan B

4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang
menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna
high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9"
dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul
sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :

200gm chocolate masakan hitam2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek

Filling : Mousse Coklat Putih :

200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache

150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih
di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang
ke atas kek)***

Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat
di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan
hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan
dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang
di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.*** Untuk mendapatkan coklat ganache
yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat
teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :Mousse Coklat Hitam

1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler
hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur
ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga
sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup
balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping
cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler
hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur
ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati.
Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup
balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan
whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian
keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan
bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. ***
dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula
hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang
mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat
hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat
putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam
peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh
kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat
mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

Selamat mencuba...

















tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills