Brownies Choc Cupcake

Assalamualaikum.

Agak lama juga tak masukkan apa-apa dalam blog ini. Cuaca sekarang yang panas setiap hari menyebabkan kesihatan juga terjejas. Demam, selesema, batuk, migran mengehadkan aktiviti membuat kek. Terpaksa ambil mc 2 hari. Harap-harap kesihatan baik dalam bulan Ramadhan dan tiada masalah menjalani ibadat berpuasa nanti.

Hari ini saya ingin berkongsi resipi brownies choc cupcake. Resipi asalnya saya dapat dalam internet juga, cuma saya ubah sikit sesuai untuk cupcake. Brownies cupcake ini saya buat untuk dijual oleh rakan di gerai persatuan Bahasa Melayu sempena hari kokurikulum di sekolah. Alhamdulillah..laku jugalah cupcake saya ini. Mungkin ramai yang tertarik dengan hiasannya....hehe...(perasan ke?). Oklah..mari kita tengok bahan-bahannya.



Bahan A
200 g butter unsalted
220 g coklat masakan

Bahan B gaulkan
200 g gula perang
2 biji telur
100 g susu segar
1 sudu the vanilla
Secubit garam

Bahan C Ayak
200 g tepung gandum
50 g serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
150 g walnut

Cara
1. Ayak semua bahan C. Walnut dipanggang terlebih dahulu.
2. Cairkan bahan A cara double boiler
3. Bahan B gaul sampai bercampur. Jangan pukul kuat sekadar rata
4. Tuang bahan campuran B & C ke dalam bahan A, gaul guna hand whisk.

Kemudian barulah dimasukkan walnut yang telah dipanggang tadi.
5. Isikan adunan ke dalam kertas cawan.
6. Bakar suhu 160 darjah celcius selama 20minit.


Buttercream untuk hiasan:
250 gm butter (saya guna butter Anchor)
125 gm krimwell
125 gula aising (diayak)

Pukul butter dengan krimwell menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi sehingga gebu dan keputih-putihan. Kemudian masukkan gula aising dan terus putar dengan kelajuan minima.

Hiaslah cupcake mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba....

tentang blog

Menerima Tempahan untuk Kek Kukus Buahan-buahan

tentang saya

diet pills